Jul 27

KEUNIKAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) BAHAGIAN KEJURUTERAAN, MARKAS TENTERA LAUT (Mk TL) MENDAPAT PERHATIAN PIHAK AUDITOR DAN KERAJAAN

JUTRA PORTALMesyuarat Varifikasi Harga (CV) Pasang Pulih KD PERAK

PTJ Bahagian Kejuruteraan (JUTRA), Mk TL adalah salah salah satu daripada 113 PTJ yang terdapat di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), dimana TLDM mempunyai sejumlah 20 PTJ. Sebagaimana diketahui ramai, setiap PTJ mempunyai fungsi dan peranan yang khusus untuk keperluan perkhidmatan atau pembekalan di setiap Markas dan Formasi. Namun dalam banyak-banyak PTJ tersebut, PTJ JUTRA, Mk TL adalah PTJ yang unik dalam aspek metodologi pengurusan kewangan bagi perkhidmatan yang diterima. Ini disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 2 elemen yang unik iaitu:

1. Kaedah Perolehan. Perolehan tidak dilaksanakan oleh PTJ Jutra, sebaliknya dilaksanakan oleh Unit Pelaksana atau Markas Logistik berkaitan, termasuk penyediaan spesifikasi keperluan senggaraan. Setelah dilaksanakan proses perolehan perkhidmatan, permohonan dimajukan ke PTJ JUTRA untuk kelulusan. Bagi keperluan perkhidmatan selenggaraan berjadual seperti refit, penganugerahan diputuskan oleh Lembaga yang khusus iaitu Jawatankuasa Induk Pembahagian Bot dan Kapal TLDM (JPK TLDM) yang dipengerusikan oleh SUB Bahagian Perolehan.

2. Metodologi Pembayaran. Semua perolehan yang diluluskan oleh PTJ JUTRA atau JPK TLDM akan melalui proses tapisan dan semakan, sebelum boleh dibayar setelah Mesyuarat Teguran Harga (Cost Query - CQ) dan/atau Mesyuarat Verifikasi Harga (Cost Verification – CV). Dalam erti kata lai