Ogs 10

KEJAYAAN PROGRAM PASANG PULIH (REFIT) KAPAL TLDM DAN HALA TUJU BAHARU

REFIT Utama

KD TODAK yang selesai menjalani refit pada 29 Julai 2020 adalah kapal TLDM yang kelima belas (15) daripada dua puluh dua (22) kapal sejak tahun 2017 yang telah berjaya disiapkan mengikut jadual, mengambil kira cabaran Pandemic Covid 19. Refit KD TODAK telah dilaksanakan di Limbungan Weldan Marine Services Sdn Bhd, Sandakan, Sabah.

Kejayaan refit KD TODAK adalah hasil inovasi dan inisiatif warga The Navy People melalui program Refit Inovasi Baharu (Refit Rebranding) yang dilancarkan pada tahun 2017. Melalui program ini refit kapal TLDM ditender di mana perkhidmatan selenggaraan perlu dilaksana oleh limbungan secara all inclusive atau pakej, kecuali cat dan lima (5) peralatan utama iaitu jentera utama, janakuasa, kotak gear, controllable pitch propeller (CPP) dan meriam.

Bagi pelaksanaan, kejayaan KD TODAK adalah hasil komitmen tinggi dan berterusan Pengurusan Tertinggi Markas Logistik Timur di bawah pucuk pimpinan Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi serta Unit Pelaksana refit iaitu UPS TLDM Timur (dahulu dikenali sebagai UPS TLDM Labuan). Hari ini 10 Ogos 2020 (Isnin) Panglima Logistik Timur mempengerusikan pula Mesyuarat Project Management Review (PMR) refit KD SELANGOR di limbungan Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan status semasa, KD SELANGOR juga dijangka dapat disiapkan mengikut jadual mengambil kira cabaran Pandemik Covid 19.

Sungguhpun kejayaan setakat ini boleh dibanggakan, usaha penambahbaikan berterusan masih sedang dilaksanakan. Ini kerana tempoh refit 8 bulan bagi kapal kecil adalah terlalu lama berbanding tempoh pelaksanaan refit di negara lain seperti Korea Selatan. Sasaran kini ialah untuk melaksanakan refit dalam tempoh 4 bulan sahaja. Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut kini sedang membangunkan metodologi refit menggunakan kaedah ‘Standard Exchange’ yang dinamakan SMART Refit. SMART Refit dirancang ditender pada awal tahun 2021 bagi refit kapal kecil.

Warga The Navy People disaran terus menyumbang idea, berinovasi serta berusaha menghasilkan inisiatif baharu untuk penambahbaikan berterusan Armada TLDM.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

Last modified on Isnin, 10 Ogos 2020 15:26

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 731

Semalam 564

Bulan ini 19851

Keseluruhan 836383

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM