Ogs 11

UPS TLDM TIMUR TERIMA LAWATAN AKS KEJURUTERAAN

JUTRA UPSLawatan Kerja Asisten Ketua Staf Kejuruteraan ke UPS TLDM Timur

W. P. LABUAN, 10 Ogos – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah telah melaksanakan lawatan kerja ke UPS TLDM Timur, Pangkalan TLDM Labuan. Beliau mengambil peluang untuk melaksanakan lawatan kerja di samping tugas rasmi iaitu menghadiri mesyuarat Project Management Review (PMR) KD SELANGOR di Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd dan Mesyuarat Penyerahan KD SRI PERLIS kepada Preston Shipyard Sdn Bhd. 

Ketibaan beliau disambut oleh warga UPS TLDM Timur dan PSTL Labuan. Seterusnya beliau menandatangani buku pelawat sambil diiringi oleh Pegawai Memerintah UPS TLDM Timur, Kdr Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM. Taklimat ringkas berkaitan Unit dan cabaran yang dihadapi telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat UPS TLDM Timur sejurus selesai upacara tandatangan buku pelawat.

Pihak Unit juga mengambil kesempatan tersebut untuk membentangkan taklimat ringkas berkaitan projek membina sasaran (target) yang boleh pop up dan bergerak di Lapang Sasar Abdul Samad. Beliau amat teruja dengan idea yang diutarakan dan menantikan hasil daripada projek tersebut. Seterusnya sesi bergambar bersama warga Unit dan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah UPS TLDM Timur. Selain mendengar taklimat ringkas, beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua pegawai dan anggota Unit dalam melaksanakan tugas seharian di samping mengingatkan warga agar mematuhi disiplin terutamanya dalam kes penyalahgunaan dadah.

Sesungguhnya, lawatan kerja ini sedikit sebanyak memberi semangat baharu dan impak positif kepada warga Unit yang kecil ini. Ia juga memcerminkan sikap prihatin kepimpinan tertinggi terhadap warga The Navy People.

Sumber : UPS TLDM Timur
Artikel   : Lt Amirul Faiz bin Kamaruddin TLDM
Foto      : LK I Muhd Alif Akmal bin Badrul Hisam

Last modified on Selasa, 11 Ogos 2020 03:47

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 731

Semalam 564

Bulan ini 19851

Keseluruhan 836383

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM