Ogs 11

DSAT PAMER PENGHARGAAN DENGAN MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR

11 OgosPegawai Memerintah DSAT Menyampaikan Cenderahati

KOTA KINABALU, 11 Ogos – Dalam situasi penuh berjaga-jaga dalam Pandemik COVID-19, Depot Senggara Armada Timur (DSAT) tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada warganya yang akan bertukar keluar untuk bertugas ke unit dan kapal lain. Justeru, suatu majlis ringkas dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) KKM telah dilaksanakan di dataran DSAT dalam usaha menghargai sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di DSAT.

Pegawai Memerintah DSAT, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM hadir menyempurnakan majlis dan turut menzahirkan ucapan penghargaan beliau kepada tujuh anggota yang diraikan. Dalam majlis sama, beliau turut berbesar hati menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada unit kepada anggota yang bertukar keluar. Sebelum mengakhiri majlis, bacaan doa turut dilaungkan memohon agar kesemua warga DSAT akan terus maju jaya serta dipermudahkan urusan walau di mana sahaja mereka berkhidmat selepas ini.

Sumber : Pegawai Laksana Depot Senggara Armada Timur
Artikel   : Lt Kdr Chin a/l In TLDM
Foto      : LK KOM Muhamad Azhar Bin Abdullah

Last modified on Selasa, 11 Ogos 2020 06:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 717

Semalam 564

Bulan ini 19837

Keseluruhan 836369

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM