Ogs 12

PROGRAM PASANG PULIH (REFIT) KD SRI PERLIS

JUTRA KD PERLISPanglima Logistik Timur menyampaikan sijil penyerahan KD SRI PERLIS
kepada Preston Shipyard

W.P. LABUAN, 12 Ogos - KD SRI PERLIS telah diserahkan semalam pada 11 Ogos 20 secara rasmi kepada Preston Shipyard Sdn Bhd bagi menjalani rutin pasang pulih (refit) yang mengguna pakai kaedah Refit Inovasi Baharu (refit rebranding). Penyerahan kapal disempurnakan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi.

Refit KD SRI PERLIS juga melakar sejarah di mana buat pertama kali Pegawai Integriti dilantik bagi projek ini. Pegawai Integriti tersebut dipilih daripada kalangan pegawai bukan berkepakaran kejuruteraan dan tidak terlibat dengan program refit ini bagi mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest). Pegawai Integriti yang dilantik diberi kuasa untuk melapor secara terus sebarang ketidakpatuhan terhadap elemen integriti mahupun prosedur kepada Pengurusan Tertinggi TLDM tanpa melalui Hierarchy of Command. Inisiatif baharu ini adalah cetusan idea (coined by) Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut.

Warga NavyPeople disarankan agar terus berinovasi dengan inisiatif baharu berkonsepkan Kaizen (penambahbaikan secara berterusan) agar TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir Mohd Shaiful Adli Chung

Last modified on Rabu, 12 Ogos 2020 02:18

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 727

Semalam 564

Bulan ini 19847

Keseluruhan 836379

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM