Ogs 12

11 WARGA MPA TIMUR TERIMA KENAIKAN PANGKAT

12 OGOSLaksma Rusli melengkapkan pemakaian pangkat baharu kepada BK KOM Desha

TELUK SEPANGGAR, 12 Ogos – 11 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM telah diraikan dalam satu majlis yang ringkas bersempena kenaikan pangkat mereka. Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Rusli bin Ahmad hadir mewakili Panglima Armada Timur bagi menyempurnakan upacara pemakaian pangkat tersebut.

Seramai tiga orang Pegawai Waren II telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren I, seorang Bintara Kanan dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren II, lima orang dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan, seorang dinaikkan ke pangkat Bintara Muda dan seorang dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan. Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan kepada Navy People dan turut menjadi bukti keprihatinan TLDM dalam memberi laluan kerjaya terbaik terhadap warganya yang komited dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

Dalam ucapan beliau, Timbalan Panglima Armada Timur turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah serta mengingatkan anggota yang menerima kenaikan pangkat agar lebih berusaha memberikan komitmen dan bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan seiring kenaikan pangkat yang diberi. Beliau turut berharap agar warga MPA Timur terhindar dari segala gejala yang tidak sihat termasuklah penyalahgunaan dadah dan menegaskan bahawa tiada kompromi bagi mereka yang didapati bersalah walaupun tahun perkhidmatan bersama TLDM sudah di tahun matang.

Sumber : Pegawai Komunikasi Strategik MPA Timur

Last modified on Rabu, 12 Ogos 2020 10:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 726

Semalam 564

Bulan ini 19846

Keseluruhan 836378

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM