Ogs 12

MPA BARAT RAIKAN KENAIKAN PANGKAT 11 WARGA TLDM

Majlis Pemakaian Pangkat MPABKenaikan pangkat menyuntik motivasi buat warga Navy People

LUMUT, 12 Ogos – Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Sijil Bintara, Laskar dan Staf Awam Kreatif dan berkualiti Suku Tahun Kedua 2020 MPA Barat telah berlangsung di Serambi Markas MPA Barat.

Majlis yang serba ringkas dengan kehadiran minima warga MPA Barat bersesuaian dengan tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Upacara pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Yusne bin Mokhtar, Timbalan Panglima Armada Barat. Seramai 11 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah dinaikkan pangkat yang melibatkan seorang Pegawai Waren II yang telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren I, empat orang Bintara Kanan dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren II, tiga orang dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan, dua orang dinaikkan ke pangkat Bintara Muda dan seorang telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan

Dalam majlis yang sama, Timbalan Panglima Armada Barat turut menyampaikan sijil APC kepada dua orang pegawai dan tiga belas anggota Lain-lain pangkat (LLP). Timbalan Panglima Armada Barat juga telah menyampaikan Sijil Bintara, Laskar dan Staf Awam Kreatif dan Kualiti bagi Suku Tahun Kedua 2020 kepada;

1. P/PW II PNK Hamadee bin Haris
2. Laskar I KOM Nurul Ain binti Mohd Ariffin
3. En.Muhamad Abdillah bin Ibrahim

Dalam ucapan beliau,Timbalan Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua warga Navy People yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : Lt Siti Fatimah binti Muhammad Ali TLDM
Foto      : LK KOM Mohd Jalaluddin Al-Sayuti bin Hj Hamid

 

Last modified on Rabu, 12 Ogos 2020 11:26

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 723

Semalam 564

Bulan ini 19843

Keseluruhan 836375

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM