Ogs 13

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PLKS CETUS MINAT WARGA DSAT SERTAI ANGKATAN KAPAL SELAM

13 OgosTanda Kenangan. Pegawai Memerintah DSAT menyampaikan cenderahati
kepada Pegawai Laksana PLKS

TELUK SEPANGGAR, 13 Ogos – Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) merupakan satu-satunya unit yang memiliki simulator Kapal Selam Scorpene di dunia. Justeru, Depot Senggara Armada Timur (DSAT) tidak ketinggalan mengambil peluang dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke PLKS bertujuan memberi pendedahan kepada warganya tentang kehidupan sebenar warga kapal selam semasa di darat dan ketika beroperasi di laut.

Lawatan sambil belajar selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Ogos 20 ini disertai oleh 60 peserta secara keseluruhan. Penyertaan peserta di setiap simulator dilaksanakan secara penggiliran mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana tidak menggalakkan anggota untuk bersesak di tempat yang sempit dalam satu masa. Pegawai Memerintah DSAT, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM turut meluangkan masa menyertai lawatan bersama peserta pada hari terakhir.

Dalam taklimat ringkas di setiap simulator, jurulatih yang berkepakaran serta berpengalaman telah menunjukkan demonstrasi pengendalian simulator di samping berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan modul-modul latihan yang dilaksanakan di PLKS. Mereka turut memberi penerangan berkenaan cabaran dan langkah keselamatan bagi anggota kapal selam apabila menghadapi situasi kecemasan di dalam kapal.

Lawatan ini dilihat dapat mencapai objektifnya di mana selain warga DSAT memperolehi ilmu, ia turut menyuntik minat warganya yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada keluarga angkatan kapal selam.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
Artikel   : Lt Kdr Chin a/l In TLDM
Foto      : Lt Dya Bismi Arif bin Mohd Razif TLDM

Last modified on Khamis, 13 Ogos 2020 04:38

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 476

Semalam 750

Bulan ini 476

Keseluruhan 838330

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM