Ogs 18

PERBARISAN ULUNG PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

MAWILLA1 UtamaPANGWILLA 1 bergambar bersama warga MAWILLA 1

KUANTAN, 18 Ogos - Perbarisan Ulung Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1), YBhg Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad telah diadakan di Auditorium Al-Haimi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Perbarisan ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 151 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan diketuai oleh KDR Mohd Fadzli bin Abdullah dan dibantu oleh PW I KOM Raja Izam Shah bin Raja Abd Murad sebagai Pegawai Waran Perbarisan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan awam MAWILLA 1.

Ketibaan PANGWILLA 1 disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang terlibat dalam perbarisan.

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat 20 anggota dari unit bawah naungan MAWILLA 1 yang dinaikkan ke pangkat masing-masing dari pangkat Pegawai Waran I seorang, Pegawai Waran II seramai 6 orang, Bintara Kanan 6 orang, Bintara Muda 5 orang dan 2 orang Laskar Kanan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 bagi suku ke-2 tahun 2020. Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 dianugerahkan kepada BM TLR Rosni bin Abd Aziz dari Depot Logistik Wilayah 1, manakala bagi Anugerah Laskar Kreatif dan Berkualiti pula dianugerahkan kepada LK I BDI Nur Faezah binti Abdul Majid dari Sri Kuantan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Last modified on Selasa, 18 Ogos 2020 07:37

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 505

Semalam 750

Bulan ini 505

Keseluruhan 838359

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM