Okt 05

ADMIRAL ON DECK: KETUA JURUTERA TLDM DENGAN PARA TEKNISYEN GRADUAN DIPLOMA, SKIM DIPLOMA TUGAS KHUSUS (DTK)

Amanat Ketua JuruteraAmanat Ketua Jurutera TLDM kepada Para Teknisyen Graduan Diploma, Skim DTK

LUMUT, 5 Okt – 51 teknisyen dalam skim Diploma Tugas Khusus pengambilan pertama dan kedua hari ini bertuah kerana dapat berjumpa dengan Ketua Jurutera TLDM, Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah. 

Perjumpaan khas ini adalah untuk menyampaikan mesej daripada pengurusan tertinggi kejuruteraan TLDM. Di antaranya aspirasi, strategic guidance dan amanat, termasuk cabaran serta isu kompetensi. Mesej ini penting untuk difahami serta dijadikan panduan strategik oleh para teknisyen memandangkan mereka adalah tulang belakang Armada TLDM yang perlu memastikan kapal, pesawat udara serta peralatan di dalamnya sentiasa berada dalam up-keep yang terbaik dan tahap pengoperasian yang tinggi.

Sepanjang sesi Admiral on Deck tersebut, Ketua Jurutera TLDM memaklumkan bahawa para Teknisyen DTK mempunyai ruang dan peluang untuk terus maju di dalam TLDM, mahupun dalam industri marin negara, dengan syarat mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Teknisyen yang layak serta berprestasi tinggi berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atas tajaan TLDM di universiti tempatan. Pendekatan ini kelihatan sukar, namun tidak mustahil kerana ramai Teknisyen TLDM yang telah berjaya. Lebih membanggakan, sebahagian besar daripada mereka telah berjaya menjadi Jurutera Profesional (Ir.) yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Sebagai motivasi, Ketua Jurutera memberikan 10 contoh untuk dijadikan idola, empat (4) diantaranya; Laksamana Pertama Ir. Abdul Rashid bin Hussin, Kepten Ir. Malik bin Sulaiman TLDM, Kdr (B) Mohd Shah bin Parjo TLDM dan Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng Eur Ing CMgr.

Di penghujung sesi, Ketua Jurutera telah menghebahkan sekurang-kurangnya 22 inisiatif baharu Cawangan Kejuruteraan yang telah melonjakkan keupayaan Armada TLDM dengan ketara. Selain itu, para Teknisyen turut berpeluang untuk memajukan pandangan, idea baharu serta ketidakpuashatian sekiranya wujud kepada Ketua Jurutera TLDM.

Sumber : Mk TL, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah

Last modified on Isnin, 05 Oktober 2020 08:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 290

Semalam 722

Bulan ini 15652

Keseluruhan 853506

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM