Okt 06

PERBARISAN ULUNG PANGLIMA ARMADA BARAT

Utama8Bertanya khabar. Panglima Armada Barat beramah mesra
bersama kakitangan awam MAWILLA 1

TANJUNG GELANG, 6 Okt - Perbarisan Ulung Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan Bin Abdul Rahman telah diadakan di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg. Gelang. Perbarisan kali ini melibatkan seramai 12 pegawai dan 96 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh KDR Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM dan dibantu oleh PW I TLR Mohd Rizuan bin Iswandi Pegawai Waran Perbarisan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan awam MAWILLA 1.

Ketibaan Panglima Armada Barat disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang terlibat dalam perbarisan.

Selesai perbarisan, Panglima Armada Barat beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada semua warga MAWILLA 1. Sejurus itu, Panglima Armada Barat menuju ke Bilik Mesyuarat Mike One untuk sesi taklimat.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini.

Sumber : Strategik Komunikasi MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Last modified on Selasa, 06 Oktober 2020 11:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 241

Semalam 722

Bulan ini 15603

Keseluruhan 853457

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM