Okt 19

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN PSSTLDM TAHUN 2020, PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PSSTLDM & PERUTUSAN ULUNG PWTL KUCHING

RNO KUCHING UtamaTahniah. PWTL Kuching bersama Pegawai Kadet Kanan yang dinaikkan pangkat

KUCHING, 17 Okt - Latihan PSSTLDM sepanjang tahun 2020 telah ditutup dengan rasminya pagi tadi. Majlis telah disempurnakan oleh Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM, Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching bertempat di Ruang Legar Pejabat PWTL Kuching dengan jayanya.

Acara dimulakan dengan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai PSSTLDM. Seramai 3 orang Pegawai Kadet Kanan telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda PSSTLDM berkuatkuasa 03 September 2020 yang lalu. Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat adalah seperti berikut;

1. Lt M Munirah Binti Dawi Saifuddin PSSTLDM – Caw. Kejuruteraan
2. Lt M Nuraainaa Nabilah Binti Ismail PSSTLDM – Caw Eksekutif
3. Lt M Norliyana Binti Erain PSSTLDM – Caw. Kejuruteraan

Sepanjang tahun 2020, pelbagai latihan telah direncanakan oleh unit Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Kuching dan rancangan latihan yang dilaksanakan merupakan modul-modul yang telah disediakan sebagai pendedahan kepada Pasukan Simpanan terhadap amalan harian, tugas dan peranan TLDM dalam pelbagai aspek. Selain itu, Pasukan Simpanan juga didedahkan dengan penglibatan tanggungjawab sosial TLDM kepada masyarakat.

Sebagai menghargai penglibatan pegawai dan anggota yang aktif sepanjang tahun, Anugerah Kehadiran Terbaik 2020 PSTL Kuching telah diperkenalkan bagi menggalakkan warga supaya lebih aktif lagi pada masa hadapan. Penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut;

1. Kategori Pegawai : Lt Mohd Hazry Bin Ismail PSSTLDM
2. Kategori Bintara : P/BM Mohd Zaimi Bin Bohari
3. Kategori Laskar : LK TNK Ajariah Binti Umar

Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perutusan Ulung Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching oleh Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM, setelah mengambil alih tampuk pemerintahan pada 9 Okt 2020 yang lalu.

Menerusi perutusan yang telah disampaikan, PWTL Kuching menyeru agar setiap warga senantiasa berpegang teguh kepada nilai integriti di samping memastikan aspek modal insan dijaga dengan sebaiknya. Selain itu, beliau juga menekankan nilai 4 teras TLDM menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian untuk memacu setiap warga ke arah Navy People bertaraf dunia.

PWTL Kuching juga mengucapkan tahniah kepada kesemua yang telah dinaikkan pangkat dan penerima anugerah masing-masing.

Seterusnya adalah pelancaran gimik Majlis Penutupan Latihan PSSTLDM Tahun 2020 dan tayangan montaj yang memaparkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. Pelaksanaan majlis secara keseluruhannya mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard, Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : PKK Syful Mirza bin Alluwie 
Foto      : LK I TLS Muhammad Nurzharif bin Mat Saad

Last modified on Isnin, 19 Oktober 2020 02:23

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 94

Semalam 717

Bulan ini 18957

Keseluruhan 878260

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM