Okt 19

TLDM MENDOKONG ARUS PENDIDIKAN NEGARA

LI JUTRAPelajar membentangkan hasil kerja kepada wakil TLDM dan UTM

LUMUT, 19 Okt - Seramai 20 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah selesai menjalani Latihan Industri (LI) di beberapa unit di Pangkalan TLDM selama 3 bulan yang bermula 20 Jul 20. Tujuan LI adalah bagi mendedahkan pelajar kejuruteraan dengan elemen applied engineering yang terdapat di industri serta aktiviti kejuruteraan, khususnya TLDM. Program sedemikian adalah tahun kedua pelajar UTM menjalani LI di TLDM. Sepanjang tempoh LI, pelajar telah mendapat bimbingan daripada Pensyarah UTM dan Navy People.

Perkembangan ini merupakan indikator bahawa TLDM adalah organisasi yang mendokong arus pendidikan negara melalui penyediaan platform latihan dan bengkel yang sesuai kepada pelajar universiti sebelum mereka melangkah ke alam industri kelak. LI ini juga merupakan modul yang perlu dijalani oleh semua pelajar universiti yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.

Kemuncak LI ini adalah Pembentangan Hasil Latihan oleh pelajar, di mana Majlis Penutup LI telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera TLDM pada 9 Okt 20. Berdasarkan hasil pembentangan, ianya berpotensi untuk diperkembangkan ke peringkat kajian yang lebih tinggi dan dijangka membantu meningkatkan kesiagaan Operasi Armada TLDM.

Kolabrasi di antara TLDM dan UTM juga dilihat sebagai satu titik permulaan peluang ke arah usaha merungkai beberapa isu kejuruteraan semasa secara bersama. Sebahagiannya akan menghasilkan produk yang boleh diketengahkan ke dalam industri tempatan. Selaras dengan keberhasilan ini, kerjasama sedemikian akan diteruskan dan diperluaskan ke universiti-universiti tempatan lain agar TLDM mendokong arus pendidikan negara.

Sumber : Mk TL, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Pemangku Komander Mohd Khairul Anuar bin Mohd Tahir TLDM
Foto      : Leftenan Komander Mohd Sharin bin Saroni TLDM

Last modified on Isnin, 19 Oktober 2020 10:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 101

Semalam 717

Bulan ini 18964

Keseluruhan 878267

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM