Okt 20

TAWARAN PENGAMBILAN PEGAWAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM (PSSTLDM) SEBAGAI SUBJECT MATTER EXPERT (SME) BAGI PEMBANGUNAN SISTEM KHAS TLDM

JUTRA PSS

TLDM kini sedang dalam usaha membangunkan beberapa sistem khas untuk kegunaan operasi secara in-house di dalam negara melibatkan pemain industri tempatan yang berjaya memenangi tender. Bagi keperluan ini, warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan mempunyai keupayaan serta kemampuan (capability and capacity), selain jati diri yang tinggi dipelawa menjadi Pegawai PSSTLDM. Jika usaha membangunkan sistem ini berjaya, mereka yang terlibat diyakini mempunyai human capital yang bernilai tinggi di industri serta marketable.

Bagi maksud di atas, kriteria capability dan capacity yang dikehendaki adalah seperti berikut:

1. Berkelulusan Sarjana atau Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Sains Komputer atau lain-lain bidang yang berkaitan. Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan KELAS PERTAMA (1st Class Honours).

2. Calon mestilah berkebolehan untuk membangunkan aplikasi komputer menggunakan teknologi Visual Studio Environment seperti C# atau C++ dengan baik dan juga di dalam teknologi Open Source seperti Python, Java dan lain-lain scripting languages. Kebolehan pengaturcaraan komputer adalah satu kemestian.

3. Keupayaan secara hands-on (bukan aspek pengurusan) dalam bidang berikut satu kelebihan:

3.1 Melakukan Electronic Equipment Interfacing melibatkan hardware dan software.

3.2. Membangunkan aplikasi berasaskan Geographical Information System (GIS).

3.3 Menghasilkan aplikasi berasaskan pangkalan data (database)
seperti Microsoft SQL Server, MySQL atau NoSQL/MongoDB.

3.4 Melaksanakan Complex Mathematical Modelling dan proofing.

3.5 Mewujudkan Video Processing dan Video Data Programming.

4. Calon boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum dan secara berpasukan bersama Pegawai Kejuruteraan TLDM yang lain.

Bagi calon yang berminat dan layak, sila majukan permohonan secara email kepada alamat berikut Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Sebagai maklumat tambahan, calon yang terpilih berpeluang untuk terus berkhidmat di dalam TLDM sebagai Penugasan Sepenuh Masa (PSM) atau diserap ke Perkhidmatan Anggota Tetap, dengan syarat memenuhi keperluan serta ketetapan perkhidmatan atau menyertai industri yang terlibat setamat PSM.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Open Source

Last modified on Selasa, 20 Oktober 2020 07:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 717

Bulan ini 18978

Keseluruhan 878281

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM