Okt 22

ENGINEERING WORKING GROUP (EWG) ANTARA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) DAN UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN

IMG 20200708 160039

TLDM melalui Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) setakat ini telah membentuk lima EWG dengan universiti awam dan swasta iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sejak Feb 2020. EWG ini bertujuan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi bidang kejuruteraan marin dan senibina kapal dalam usaha menyelesaikan permasalahan kejuruteraan yang dihadapi oleh perkhidmatan.

Selain untuk penyelidikan dan pembangunan, EWG juga berperanan untuk mengenalpasti dan mencadangkan tindakan penyelesaian yang berkesan kepada Amada TLDM terhadap isu kejuruteraan. Disamping itu, hasil kajian yang dihasilkan boleh digunakan sebagai sumber rujukan untuk kegunaan akademik bagi pengajian lanjutan peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. Bahkan ianya boleh diguna untuk peningkatan kerjaya seperti menjadi Jurutera Profesional, Teknologis Profesional serta Juruteknik Bertauliah. Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan salah satu pendekatan untuk menyokong Program Transformasi #15to5 TLDM.

Kesimpulanya, tujuan utama penubuhan EWG adalah sebagai langkah untuk mengenal pasti permasalahan kejuruteraan serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh meningkatkan lagi kesiagaan operasi Armada TLDM. Justeru dengan wujudnya EWG, sebarang isu kejuruteraan yang timbul dalam pengoperasian aset-aset TLDM dapat diuruskan dengan lebih baik di peringkat strategik melalui pelan tindak serta penambahbaikan yang bakal dikenal pasti. Pendekatan ini juga adalah ke arah melestarikan CPKA sebagai Penguasa Tunggal Kejuruteraan (Single Engineering Authority) di dalam TLDM selain transformasi perubahan ke arah menjadi Center of Excellence for Naval Engineering (CoENE) dan Center of Expertise (CEx).

Sumber : Mk TL-Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Kdr Ir. Ts. Ng Keng Lip TLDM

Last modified on Khamis, 22 Oktober 2020 09:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 117

Semalam 717

Bulan ini 18980

Keseluruhan 878283

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM