Nov 06

LAKSMA SAZALEE SHOIB KINI BERGELAR TIMBALAN PANGLIMA ARMADA TIMUR

6 Nov Serah TugasSimbolik Serah Tugas. Laksda Rusli Ahmad menyerahkan Nota Serah
Terima Tugas kepada Laksma Sazalee Shoib

KOTA KINABALU, 5 Nov - Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah berbesar hati menyempurnakan upacara serah terima tugas Timbalan Panglima Armada Timur di antara Laksamana Muda Rusli bin Ahmad dan Laksamana Pertama Sazalee bin Shoib hari ini. Majlis ini telah berlangsung di Serambi MPA Timur serta disaksikan oleh sebahagian warga Navy People yang berkhidmat di Pangkalan Kota Kinabalu.

Laksamana Muda Rusli bin Ahmad telah berkhidmat sebagai Timbalan Panglima Armada Timur selama satu tahun dua bulan bermula 30 Sep tahun lalu dan beliau dijangka meneruskan penugasan terbaharu dalam masa terdekat. Laksamana Pertama Sazalee bin Shoib yang berkepakaran ‘Juruterbang’ pula telah berkhidmat sebagai Panglima Udara TLDM sebelum mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Armada Timur secara rasmi hari ini.

Selain menzahirkan ucapan terima kasih atas khidmat bakti kepada Mantan Timbalan beliau, Panglima Armada Timur turut mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Laksda Rusli bin Ahmad. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Laksma Sazalee bin Shoib sebagai Timbalan Panglima yang baharu dan mengharapkan agar kerjasama utuh terus terjalin demi memperkasa Armada Timur.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPA Timur

 

Last modified on Sabtu, 07 November 2020 03:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 796

Semalam 853

Bulan ini 15788

Keseluruhan 1327556

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM