Nov 12

PEGAWAI WAKIL TENTERA LAUT KUCHING LAKSANA KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA JABATAN AGENSI KESELAMATAN DAN PERSEKUTUAN

KH11Kunjungan hormat dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako

KUCHING, 12 Nov – Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching yang baharu, Leftenan Mohd Ismail Bin Yakub TLDM telah mengambil alih tampuk pemerintahan PWTL Kuching pada 9 Okt 20 yang lalu. Sehubungan itu, beliau telah melaksanakan beberapa siri kunjungan hormat ke atas Ketua Jabatan beberapa agensi keselamatan dan persekutuan di sekitar Kuching, Sarawak.

Antara kunjungan hormat yang telah dilaksanakan adalah :

1. Kunjungan hormat ke atas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, ACP
Shamsol bin Kassim pada 14 Okt 20.
2. Kunjungan hormat ke atas Pengarah Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak,
Puan Norisal binti Saili pada 19 Okt 20.
3. Kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Tuan Mohamad
Marzuki bin Brahim pada 26 Okt 20.
4. Kunjungan hormat ke atas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus pada 9 Nov
20.
5. Kunjungan hormat daripada Pengurus Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Tanjung Bako, Encik Bobby Dallen ak Indoi pada 10 Nov 20.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memaklumkan tugas dan peranan PWTL Kuching di Sarawak di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara PWTL Kuching dengan agensi keselamatan dan kerajaan persekutuan yang lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai situasi semasa Op Benteng, pencerobohan nelayan asing di perairan Sarawak dan lain-lain isu semasa.

Dengan adanya kunjungan hormat seperti ini ia dapat memberi kerjasama antara agensi serta bertukar pandangan di samping berkongsi maklumat untuk menjaga keselamatan dan pertahanan di Negeri Sarawak khasnya.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Foto      : LK I TLS Muhamad Nurzharif bin Mat Saad

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 12 November 2020 09:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 770

Semalam 853

Bulan ini 15762

Keseluruhan 1327530

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM