Nov 16

A CROWNING ACHIEVEMENT - KEPT Ir. SUKHDEV SINGH A/L KHAZAN SINGH TLDM (BERSARA)

Kept Ir. Sukhdev Singh 1

1. Kept Ir. Sukhdev Singh a/l Khazan Singh TLDM (Bersara) adalah seorang veteran yang telah berkhidmat dari tahun 1974 sehingga 2002. Beliau melakar sejarah sebagai pegawai TLDM yang terawal memiliki ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

2. Pesara TLDM ini telah melanjutkan pengajian Kejuruteraan Elektrikal di Royal Navy Engineering College, Manadon, Plymouth, United Kingdom dari tahun 1977 hingga 1980 dan telah mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrikal) Kelas Pertama. Pada tahun 1991, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Naval Post Graduate School, Monterey, California dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Sains (Operations Research).

3. Kept Ir. Sukhdev Singh TLDM (Bersara) juga berkelayakan Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan juga Chartered Engineer daripada United Kingdom Engineering Council.

4. Antara pencapaian beliau di dalam perkhidmatan termasuk terpilih sebagai anggota perintis bagi pembangunan krew kapal selam pada tahun 1984. Beliau bersama 5 pegawai TLDM yang lain telah menjalani submarine familiarisation training di Sweden, Jerman dan United Kingdom.

5. Pada tahun 2000, Kept Ir. Sukhdev Singh TLDM (Bersara) yang suka membaca telah menghasilkan Buku Rujukan Laut (BRL) 100 iaitu Integrated Logistics Support (ILS). BRL ini adalah hasil pengajian beliau mengenai pendekatan ILS oleh Tentera Laut Diraja Australia. BRL 100 masih digunakan oleh TLDM sehingga kini sebagai bahan rujukan dasar untuk pelaksanaan ILS. Sebagai Pengarah ILS, beliau telah memainkan peranan penting bagi pelaksanaan metodologi ILS dalam semua perolehan aset TLDM seperti projek Helikopter Super Lynx, Patrol Vessel dan Kapal Selam.

6. Semasa memegang jawatan sebagai Pengarah IT TLDM, Kept Ir. Sukhdev Singh TLDM (Bersara) telah membangunkan konsep serta masterplan TLDMNet yang telah berjaya dilaksanakan dan mendapat pengiktirafan apabila merangkul Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dalam kategori ICT pada tahun 2002. Pencapaian ini amat membanggakan kerana TLDM adalah pelopor pelaksanaan Teknologi Maklumat secara networking di Jabatan Kerajaan.

7. Selain kecemerlangan dalam kerjaya, bekas Putera Maktab Tentera Diraja itu merupakan seorang pemain hoki serta skuasy yang pernah mewakili Unit di kejohanan berpusat TLDM.

8. Kept Ir. Sukhdev Singh TLDM (Bersara) telah bersara daripada TLDM pada tahun 2002 dan kemudian berkhidmat di Boustead Heavy Industries Corp (BHIC) sehingga Mac tahun ini. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Syarikat Usahasama, Boustead DCNS Naval Corp (BDNC) untuk keperluan perkhidmatan senggaraan terhadap kapal selam Scorpene TLDM. Sebagai Pengarah BDNC, beliau telah memainkan peranan penting bagi Pemindahan Teknologi dan Pengetahuan dari pihak Perancis ke firma tempatan sehingga BDNC dapat berdikari dalam pelaksanaan kontrak In-Service Support serta Refit Kapal Selam.

9. Berdasarkan kejayaan, pencapaian dan sumbangan Kept (B) Ir. Sukhdev Singh TLDM, ianya amat membanggakan TLDM dan wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga NavyPeople.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Sumber Manusia, Mk TL dan Laporan Tahunan BHIC 2018

Last modified on Isnin, 16 November 2020 04:02

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 779

Semalam 853

Bulan ini 15771

Keseluruhan 1327539

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM