Nov 17

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA MAWILLA 1

9UtamaPANGWILLA 1 bersama anggota-anggota yang dinaikkan pangkat

KUANTAN, 16 Nov - Panglima Wilayah Laut 1, YBhg Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 46 warga Navy People MAWILLA 1 hari ini dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg Gelang Kuantan bersempena dengan kenaikan tersebut.

Seramai 5 orang Pegawai Waran II telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran I (PW I), 6 orang Bintara Kanan ke Pegawai Waran II (PW II), 7 orang Bintara Muda ke Bintara Kanan (BK) 14 orang Laskar Kanan ke Bintara Muda (BM) dan 14 orang Laskar Kelas I dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan (LK).

PANGWILLA 1 mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat. Pangkat yang disandang turut datang dengan tanggungjawab terhadap kepimpinan dan dipimpin. A manager turn into a leader. Martabatkan pangkat yang disandang dengan amanah. PANGWILLA 1 turut menekankan berkaitan ketaatan dan kesetiaan, hormat-menghormati, tanggungjawab, intergriti dan pegangan kepada nilai-nilai murni.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim

Last modified on Selasa, 17 November 2020 00:40

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 752

Semalam 853

Bulan ini 15744

Keseluruhan 1327512

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM