Nov 17

3 ANGGOTA PWTL DAN PSTL KUCHING DINAIKKAN PANGKAT

RNO171120PWTL Kuching bersama anggota-anggota yang dinaikkan pangkat

KUCHING, 16 Nov – Majlis pemakaian pangkat anggota LLP PWTL dan PSTL Kuching telah berlangsung di ruang legar Pejabat PWTL Kuching dengan jayanya. Seramai 1 x anggota telah dinaikkan pangkat Bintara Kanan ke Pemangku Pegawai Waren II dan 2 x anggota LK I dinaikkan ke pangkat Pemangku Laskar Kanan. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM selaku Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching.

Senarai anggota yang telah menerima kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1. Pemangku Pegawai Waren II HDI Gerard Raymond
2. Pemangku Laskar Kanan TMK Mohamad Fidaiy Bin Muhammad
3. Pemangku Laskar Kanan BDI Wan Mohamad Hasrul Hafifie Bin Wan Noriza

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM. Dalam ucapan, beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga yang telah dinaikkan pangkat. Beliau turut menyeru warganya agar terus berusaha dan bersama berganding bahu agar hasrat dan matlamat kepimpinan TLDM dapat dicapai.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : LK I TLS Muhamad Nurzharif bin Mat Saad
Foto      : LK I TLS Muhamad Nurzharif bin Mat Saad

Last modified on Selasa, 17 November 2020 09:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 760

Semalam 853

Bulan ini 15752

Keseluruhan 1327520

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM