Nov 23

PERTEMUAN ULUNG KETUA JURUTERA TLDM DENGAN CEO MMHE

20201117A

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer – CEO) Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE) yang baharu, En Pandai Othman hari ini telah berjumpa dengan Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung.

Kunjungan hormat CEO MMHE yang baharu dilantik itu, ditemani oleh Pengurus Besar Kanan Perniagaan Marin MMHE iaitu Lt Kdr Ir. Hisham Haron TLDM (Bersara) telah membincangkan pelbagai isu, seperti kelangsungan Ship Building & Ship Repair (SBSR) tempatan, selain cabaran dan perkembangan semasa. Perbincangan turut melibatkan sokongan perkhidmatan senggaraan terhadap aset TLDM di peringkat strategi dan operasi. Hasil perbincangan, Ketua Jurutera TLDM telah menghargai kunjungan bersejarah CEO MMHE ini iaitu pertama kali dalam tempoh 15 tahun.

Pertemuan diakhiri dengan sesi bertukar pandangan terhadap metodologi pembinaan kapal baharu menggunakan pendekatan tender “design then built”. Diyakini, hasil pertemuan ini dijangka membawa banyak dimensi baharu terhadap perkhidmatan senggaraan bagi aset TLDM, agar TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : LK I PWP Hasnan bin Amat Senin

Last modified on Isnin, 23 November 2020 08:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 768

Semalam 853

Bulan ini 15760

Keseluruhan 1327528

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM