Nov 23

VETERAN TLDM KEBANGGAAN NEGARA – BK TMK HJ ZAILANI BIN MANSOR (BERSARA)

TERIMA AWARDBK TMK Zailani Mansor ketika menerima anugerah International Star for Quality
di Geneva, Switzerland

1. Bintara Kanan (BK) TMK Hj Zailani bin Mansor adalah seorang Veteran TLDM yang telah melakar sejarah sebagai warga Navy People yang pertama memiliki limbungan membaiki serta membina kapal di negara ini, iaitu Preston Shipyard Sdn Bhd di Pulau Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Hasil usaha gigih beliau, pada tahun 2014 Preston Shipyard telah mencipta sejarah sendiri apabila menerima anugerah “International Star for Quality” kategori emas daripada Business Initiative Directions (BID) di Geneva, Switzerland. Selain itu, pada tahun 2015 limbungan milik beliau juga telah berjaya merangkul Quality Achievement Awards dari European Society for Quality Research (ESQR) di London untuk dua tahun berturut-turut. Lebih membanggakan, beliau juga adalah aktif dalam sukan, dimana pernah mewakili Malaysia dalam acara wind surfing (luncur layar), selain mewakili TLDM dalam sukan hoki.


2. Beliau memasuki perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Perantis Putera di Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) pada tahun 1981 di Port Dickson. Seterusnya dipilih memasuki TLDM, menjalani kursus Perantis Kimpu di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut pada tahun 1983 dalam bidang Teknisyen Marin Kuasagerak (TMK).

3. Sepanjang 13 tahun perkhidmatan di dalam TLDM, beliau telah berkhidmat di KD PANAH, KD HANG TUAH dan Chief of the Boat (COB) KD SRI SABAH dengan cemerlang. Di luar kerjaya sebagai Teknisyen, BK TMK Hj Zailani (Bersara) aktif dalam sukan, khususnya luncur layar dan hoki. Bagi sukan luncur layar, beliau telah mewakili Malaysia di SEA Games 1987 Jakarta dan SEA Games 1989 Kuala Lumpur. Manakala bagi acara hoki, beliau telah mewakili TLDM dari tahun 1984 hingga 1986.

4. Kejayaan, pencapaian dan sumbangan BK TMK Hj Zailani Mansor (Bersara) ini amat membanggakan TLDM, selain menjadi kebanggaan negara. Ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Sumber Manusia, Markas Tentera Laut dan Preston Shipyard Sdn Bhd

Last modified on Isnin, 23 November 2020 08:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 768

Semalam 853

Bulan ini 15760

Keseluruhan 1327528

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM