Nov 23

26 ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT TERIMA KENAIKAN PANGKAT

18 NovPanglima Armada Timur memahat memori bersama 26 Anggota
Lain-lain Pangkat yang menerima kenaikan pangkat

KOTA KINABALU, 18 Nov – Syabas dan tahniah buat kesemua warga yang telah menerima kenaikan pangkat hari ini. Majlis ringkat namun masih mematuhi ‘Standard Operating Procedure’ Kesihatan ini telah dihadiri oleh warga terlibat bersama kepimpinan tertinggi Markas Pemerintahan Armada Timur.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah bersama Timbalan Panglima Armada Timur turut berbesar hati menyempurnakan pemakaian pangkat kepada warga terlibat. Dalam ucapan beliau, Panglima Armada Timur turut menyuntik semangat kesemua warga untuk terus berusaha dan memberikan khidmat bakti terbaik kepada perkhidmatan seiring dengan penghargaan yang diberikan.

Hari ini menyaksikan seramai 9 Anggota telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II bermula tarikh kekananan 1 Nov yang lalu. Berkongsi tarikh kekananan yang sama, seramai 8 Anggota telah dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan dan Bintara Muda. Manakala 9 Anggota lain turut menerima kenaikan pangkat ke Laskar Kanan hari ini. Kesemua warga terdiri daripada pelbagai tred dan kepakaran.

Tahniah dan syabas sekali lagi buat kesemua warga yang menerima kenaikan pangkat. Semoga terus maju jaya bersama TLDM!

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur

 

Last modified on Isnin, 23 November 2020 08:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 772

Semalam 853

Bulan ini 15764

Keseluruhan 1327532

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM