Nov 23

THE JEWEL IN THE CROWN - KEPT SUHAIMI BIN SANI TLDM (BERSARA)

Kept Suhaimi 2Kenangan. Kept Suhaimi bersama pasukan ragbi Malaysia ketika 
menyertai kejohanan ragbi di Fiji

1. Kept Suhaimi bin Sani TLDM (Bersara) adalah seorang Veteran TLDM, Licensed Aircraft Engineer dan warga Navy People yang melakar beberapa sejarah yang tidak diketahui ramai, diantaranya:

- Rakyat Malaysia yang pertama dan setakat ini hanya seorang sahaja yang berjaya dipilih menyertai pasukan United States Naval Academy (USNA) dalam sukan ragbi. Beliau juga adalah pemain tunggal non-American dalam pasukan tersebut, selain turut terpilih mewakili US Armed Forces Jr Rugby Team semasa pengajian di Amerika Syarikat.

- Pegawai ATM yang pertama mendapat CGPA 4.0 untuk pengajian Ijazah Sarjana Sains Sosial Strategy and Defence Studies daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011, selain telah berjaya merangkul anugerah Best Student dan Best Academic.

- Tulang belakang mencapai rekod gemilang helikopter TLDM di Skuadron 502, dimana atas usaha gigih beliau helikopter Fennec TLDM telah berjaya mencapai lebih 19,000 flying hours dalam tempoh pengoperasian selama 15 tahun tanpa sebarang insiden tidak diingini.

2. Di luar kerjaya sebagai Pegawai TLDM, Kept Suhaimi (Bersara) aktif dalam sukan ragbi. Beliau mewakili Pasukan Navy ORCA TLDM dalam kejohanan ISG dan juga liga tempatan. Selain itu, beliau mewakili ATM dimana pada tahun 1994 telah berjaya merangkul kejuaraan Ragbi Kebangsaan Piala Agong. Lebih membanggakan iaitu pada tahun yang sama, Kept Suhaimi (Bersara) menyarung jersi pasukan Ragbi Kebangsaan 7-sebelah, berpeluang bermain menentang pasukan New Zealand ALL BLACKS yang bertaraf dunia dalam kejohanan yang berlangsung di Fiji. Setahun sebelum itu, beliau mewakili Pasukan Ragbi Malaysia U23. Selain pemain, Kept Suhaimi (Bersara) adalah Pengerusi Persatuan Ragbi TLDM dari tahun 2007 hingga 2010 dan 2014 hingga 2015.

3. Pada ketika ini, Kept Suhaimi (Bersara) menyumbang khidmat bakti serta kepakaran know-how beliau di Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WASSB) sejak tahun 2016.

4. Berdasarkan kejayaan, pencapaian dan sumbangan Kept Suhaimi Sani TLDM (Bersara) yang amat membanggakan TLDM, selain telah mengharumkan nama Malaysia, ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Sumber Manusia, Markas Tentera Laut dan Kept Suhaimi Sani TLDM (Bersara)

Last modified on Isnin, 23 November 2020 13:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 790

Semalam 853

Bulan ini 15782

Keseluruhan 1327550

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM