Nov 25

96 HAT ANJUR KURSUS SAMUDERA MEDIK SIRI 1/20

MEDIK3Demonstrasi. Peserta mempraktikkan pembelajaran sepanjang kursus

LUMUT, 20 Nov - Kursus Samudera Medik Siri 1/20 telah dilaksanakan bermula 9 November hingga 20 November 2020 bertempat di 96 Hospital Angkatan Tentera (96 HAT), Pangkalan TLDM Lumut. Kursus ini disertai seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan anggota LLP TLDM. Penglibatan penceramah dan penguji terdiri daripada Jurulatih INSAN serta dibantu oleh staf 96 HAT, Pangkalan TLDM Lumut.

Objektif yang ingin dicapai melalui kursus ini adalah melatih peserta mengenai teknik-teknik pertolongan cemas dan kemahiran mengendalikan kes-kes trauma dengan betul dan berkesan serta melatih peserta supaya mampu untuk memberi rawatan awal sebelum ketibaan staf perubatan apabila berlaku sesuatu kecemasan terutama di Kapal dan Unit. Selain itu, setiap peserta dilatih dengan Asas Pertolongan Cemas (First Aid) dalam bentuk Tactical Combat Casualty Care (TCCC), Kemahiran Praktikal Rawatan Semasa Pertempuran (Care Under Fire), Rawatan Taktikal Medan (Tactical Field Care) dan Rawatan Evakuasi Taktikal (Tactical Evaluation Care) setiap fasa di Medan tempur.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg Laksamana Madya Dato' Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman, Panglima Armada Barat diiringi oleh YBhg Brigadier Jeneral (Dr) Faizal bin Baharudin, Pegawai Memerintah 96 HAT. Demonstrasi juga turut dilakukan bagi mempraktikkan pembelajaran sewaktu di dalam kelas.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Penuntut Keseluruhan Terbaik dan Penuntut Akademik Terbaik. Sebagai tanda kenangan daripada Penuntut Kursus Samudera Medik penyerahan Batch daripada Ketua Penuntut kepada YBhg Brigadier Jeneral (Dr) Faizal bin Baharudin.

Semoga dengan adanya Kursus Samudera Medik dapat meningkatkan lagi kualiti kesiagaan serta perawatan bagi warga TLDM khasnya dan ATM amnya.

Sumber : 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut
Artikel   : Kpl Mohd Shahrizan bin Ahmad
Foto      : Kpl Mohd Shahrizan bin Ahmad

Last modified on Rabu, 25 November 2020 05:29

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 847

Semalam 835

Bulan ini 4611

Keseluruhan 929322

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM