Nov 26

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENGHARGAAN WARGA KD SRI SEMPORNA

GAMBAR 3Pegawai Memerintah KDSM menyempurnakan pemakaian pangkat anggota

SEMPORNA, 20 Nov – Majlis pemakaian pangkat dan penghargaan warga KD SRI SEMPORNA (KDSM) telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran anggota yang dirai dan beberapa pegawai sahaja. Ini adalah untuk memastikan warganya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pegawai Memerintah, Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM telah berbesar hati menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada anggota yang terlibat. Seramai 18 warga KDSM telah dinaikkan pangkat iaitu 1 x Pegawai Waran II, 1 x Bintara Kanan, 7 x Bintara Muda dan 9 x Laskar Kanan.

Selain itu, majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian cendera kenangan kepada anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dan kelahiran anak. Dalam ucapan, beliau menegaskan tentang peranan Bintara yang penting sehingga diibaratkan sebagai Tulang Belakang TLDM. Beliau juga menyeru agar anggota sentiasa mencabar diri untuk melakukan yang terbaik dalam pelaksanaan tugas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang dinaikkan pangkat. Semoga pangkat baharu yang diterima menjadi penyuntik semangat untuk lebih berjaya di dalam TLDM.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Pegawai Perhubungan Raya KDSM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

Last modified on Khamis, 26 November 2020 00:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 863

Semalam 835

Bulan ini 4627

Keseluruhan 929338

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM