Nov 26

PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG RAYUAN HARI PAHLAWAN

TP1PANGWILLA 1 merasmikan sumbangan Tabung Rayuan Hari Pahlawan

KUANTAN, 26 Nov - Simbolik Penyerahan Sumbangan Tabung Rayuan Hari Pahlawan telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1), YBhg Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad. Majlis telah berlangsung di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg Gelang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Pahang yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghargai pengorbanan para perajurit dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara selama ini.

Kempen ini juga bertujuan menggalakkan orang ramai memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban Veteran ATM yang telah berkorban untuk negara. Hasil kutipan tabung akan digunakan untuk membantu Veteran ATM yang kurang upaya, balu veteran OKU, kos perubatan, bantuan peralatan perubatan, bantuan bencana alam dan bantuan-bantuan kebajikan yang lain.

PANGWILLA 1 turut menyerahkan cek Tabung Zakat ATM kepada warga MAWILLA 1. Penerima cek bagi Kategori Asnaf (kesihatan isteri) iaitu LK PAP Anuar bin Ahmad dari unit PROTELA Kuantan manakala LK I KOM Mohd Ashryl bin Abdullah pula menerima cek bagi Kategori Saudara Baharu.

Antara yang hadir ke majlis ini ialah Ketua Staf, Kept Mahadzir bin Mokhrar TLDM, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Pahang, Mejar Khairul Ashinar bin Azid @Aziz, Yang Dipertua Pengerusi Veteran TLDM Negeri Pahang, Tuan Haji Awai bin Mohammad serta ahli-ahli veteran TLDM.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 26 November 2020 08:43

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 844

Semalam 835

Bulan ini 4608

Keseluruhan 929319

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM