Nov 27

PEMASANGAN CORCERNTINA WIRE DI TAMAN TELIPOK RIA, TUARAN

TUARANProses pemasangan Concerntina Wire di sekitar Taman Telipok Ria

TUARAN, 27 Nov – Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 25 Nov 20 oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Keselamatan telah mengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas Taman Telipok Ria, Tuaran bermula 27 Nov sehingga 10 Dis 20.

Tim Penugasan Op PENAWAR Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang ditugaskan di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Tuaran dan dibantu anggota dari pasukan Tentera Darat telah melaksanakan pemasangan Concerntina Wire di lokaliti PKPD Taman Telipok Ria, Tuaran melibatkan keluasan 28.3 hektar membabitkan 30 rumah pangsapuri dengan bancian penduduk kira-kira 18,000 orang. Sebanyak 220 gelung Concerntina Wire telah digunakan bagi pemasangan perimeter Taman Telipok Ria, Tuaran.

Sebanyak 5 Pos Kawalan akan ditempatkan di perimeter Taman Telipok Ria, Tuaran sepanjang tempoh penguatkuasaan PKPD. PDRM di bantu TLDM akan melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sumber : PPU TLDM Kota Kinabalu
Artikel   : Lt Muhammad Hafiz bin Ramlan TLDM
Foto      : Lt Muhammad Hafiz bin Ramlan TLDM

Last modified on Jumaat, 27 November 2020 10:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 844

Semalam 835

Bulan ini 4608

Keseluruhan 929319

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM