Nov 27

“ANGAN-ANGAN MAT JENIN DI DALAM MIMPI” MENJADI KENYATAAN - OBSOLESCENCE PROGRAMME (OP) KD PERKASA

Mat Jenin

KEMAMAN, 27 Nov – Setiausaha Bahagian (SUB) Perolehan KEMENTAH, Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman yang diiringi oleh Ketua Jurutera TLDM hari ini melaksanakan lawatan kerja ke KD PERKASA di Geliga Slipway Sdn Bhd, Kemaman, Terengganu. Lawatan ulung ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat Obsolescence Programme (OP) KD PERKASA. Ini kerana OP melakar sejarah sebagai program unik yang pertama kali dilaksanakan di rantau Asia bagi kapal perang mahu pun kapal dagang.

OP KD PERKASA merupakan salah satu inovasi TLDM yang terkini, dimana selenggaraan berjadual kapal dilaksana secara in-lieu seperti refit, tetapi menggunakan metodologi berbeza dari kelaziman. OP KD PERKASA melibatkan penggantian keseluruhan hull (re-hull) serta peralatan di dalamnya secara total, termasuk sistem kuasa gerak (propulsion) dan power generation. Hanya peralatan yang tidak usang akan di “salvage” dan dipasang semula di hull yang baharu.

Hasil tinjauan terhadap perkembangan pelaksanaan kontrak OP KD PERKASA, SUB Bahagian Perolehan KEMENTAH amat teruja dengan status serta hasil inovasi/inisiatif “luar biasa” warga Navy People. “Luar biasa” disebabkan kaedah selenggaraan berjadual refit secara konvensional mengikut “surat khabar lama” tidak diteruskan, sebaliknya inisiatif berimpak tinggi telah diterokai.

Pelaksanaan OP ke atas kapal TLDM telah mendapat perhatian pihak Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sekiranya projek OP ini berjaya, pihak EPU berhasrat memperluaskan metodologi sedemikian ke Kementerian lain disebabkan mempunyai Return of Investment yang tinggi.

Warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif baharu serta unik yang dihasilkan, dimana sebelum ini boleh dikatakan sebagai “a dream in a dream”. Sehubungan itu, warga Navy People perlu terus berinovasi secara berterusan untuk menambahbaik proses kerja, mahupun hasil produk bagi memastikan TLDM terus unggul, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim

Last modified on Ahad, 29 November 2020 01:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 851

Semalam 835

Bulan ini 4615

Keseluruhan 929326

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM