Nov 30

TRANSFORMASI RUTIN PASANG PULIH STESEN UNIFORM TLDM

STSN UPanglima Logistik Timur menyaksikan penyerahan simbolik selesai rutin pasang
pulih daripada wakil SSSB kepada Pegawai Laksana Stesen UNIFORM TLDM

KOTA KINABALU, 27 Nov – Stesen UNIFORM TLDM yang selesai menjalani rutin pasang pulih (RPP) telah berjaya diserahkan kepada pihak Markas Pemerintahan Armada Timur hari ini. Ia turut mencipta sejarah apabila menjadi stesen pertama yang berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh siap sebenar yang telah ditetapkan.

Limbungan Sapangar Shipyard Sdn Bhd (SSSB) memikul tanggungjawab melaksanakan proses RPP ini bermula 4 Mei 20 yang lalu. Walaupun ini merupakan limbungan pertama yang dikendalikan oleh SSSB, pencapaiannya mampu dibanggakan apabila berjaya menyiapkan proses RPP ini 2 hari lebih awal daripada tarikh akhir projek.

Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi yang hadir menyaksikan sesi penyerahan Stesen UNIFORM TLDM bersama pihak pengurusan Markas Logistik Timur amat berpuas hati dengan hasil transformasi RPP oleh limbungan SSSB. Beliau turut berharap segala penambahbaikan ke atas stesen UNIFORM dapat memberikan impak yang besar terhadap kesiagaan stesen serta meningkatkan moral anggota yang berkhidmat di stesen tersebut. Beliau turut berterima kasih terhadap semua unit dan berharap agar kerjasama daripada yang ditunjukkan dalam memacu kejayaan RPP stesen ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPA Timur
Artikel   : Lt Kdr Mohd Hazahazuan bin Mohd Zain TLDM

Foto      : Pejabat IT Markas Logistik Timur

 

Last modified on Isnin, 30 November 2020 04:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 844

Semalam 835

Bulan ini 4608

Keseluruhan 929319

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM