Feb 16

A CROWN JEWEL - LEFTENAN Ir. Ts. MUHAMMAD SYAHIR BIN BADRUDDIN TLDM

LT IR. TS. SYAHIR TLDM

Leftenan Ir. Ts. Muhammad Syahir bin Badruddin TLDM N/405126, seorang Pegawai Muda TLDM telah mencipta sejarah iaitu Pegawai Kejuruteraan TLDM yang pertama berjaya diiktiraf sebagai South East Asia (ASEAN) Chartered Professional Engineer (ACPE). Ini bermakna pegawai boleh meluluskan sesuatu rekabentuk kejuruteraan dalam bidang yang diiktiraf untuk projek di negara ASEAN, atau bekerja di negara ASEAN sebagai Registered Foreign Professional Engineer (RFPE).

Pegawai berkelayakan sebagai seorang Jurutera Profesional berdaftar dengan Board of Engineer (BEM) Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Kejuruteraan TLDM ke-6 dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang memiliki Sarjana Muda Kelas Pertama (First Class Honours), selepas pegawai berikut:
1. Kepten (Bersara) Ir. Sukhdev Singh TLDM. Maklumat tambahan adalah di https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3617691218288860
2. Kepten (Bersara) Wan Kong Seng TLDM
3. Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung (Ship Diver)
4. Komander (Bersara) Ir. Chan Ling Ket TLDM (Submariner). Maklumat berkaitan di pautan https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3318370971554221

5. Lt Kdr Yulis Hayat Mhd Yusop TLDM (Submariner)

Lebih membanggakan, walaupun masih muda, atas inisiatif dan usaha gigih pegawai telah berjaya memperoleh Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik (Sustainable Energy) dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan CGPA 4.0. Di atas kecemerlangan ini, pegawai dinobatkan sebagai graduan terbaik UMP semasa konvokesyen (Pelajar Terbaik Kategori Kejuruteraan) tahun 2019. Setakat ini, pegawai kerap muncul sebagai peserta terbaik hampir dalam setiap kursus yang beliau sertai, kursus ketenteraan atau akademik.

Selain pencapaian cemerlang seperti dinyatakan, Pegawai juga aktif dalam sukan khususnya Sukan Lasak. Diantara acara yang telah beliau sertai ialah World Series - The Powerman Asia Duathlon Championships 11km Run, 60km Bike and 10km Run pada tahun 2007 di Malaysia. Pencapaian cemerlang Leftenan Ir. Ts. Muhammad Syahir ini amat membanggakan TLDM, boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Sumber Manusia, Markas Tentera Laut dan Leftenan Ir. Ts. Muhammad Syahir bin Badruddin TLDM

Last modified on Khamis, 18 Februari 2021 04:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 856

Semalam 1056

Bulan ini 3011

Keseluruhan 971323

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM