Feb 21

PEGAWAI MUDA TLDM SERTAI JEANNE D'ARC MISSION 2021

jeanne dArcMajlis perjumpaan peserta antarabangsa bersama Rear Admiral Benoît,
Commander of the French Naval Academy

Tuah ayam nampak di kaki…

Lt Dya Muhammad Syazwan bin Samsudin TLDM kini berada di Brest, Perancis untuk mengikuti Program Latihan “Jeanne d’Arc Mission 2021”. Pegawai kejuruteraan TLDM itu telah berlepas ke Perancis pada 19 Januari lepas dan beliau merupakan seorang daripada lima peserta antarabangsa dalam program tahun ini selain peserta Ethiopia, Indonesia, Maghribi dan Mesir.

Menurut Kedutaan Perancis di Malaysia, Lt Dya Muhammad Syazwan terlebih dahulu menjalani latihan di Ecole Navale, iaitu pusat latihan Tentera Laut Perancis, sebelum menyertai program "Jeanne d’Arc Mission" pada awal Mac di atas kapal pengangkut helikopter LHD TONNERRE. Pelayaran bersama kapal frigat SURCOUF dijangka mengambil masa lima bulan dari Perancis menuju ke Asia melalui Laut Mediterranean, Laut Merah, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Mereka dijangka akan tiba kembali ke Perancis pada pertengahan bulan Julai.

Sebagai langkah kesihatan, Lt Dya Muhammad Syazwan telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada 8 Februari lepas dan dijangka akan menerima suntikan kedua pada awal bulan Mac ini. Langkah ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut ketika latihan.

Objektif utama “Jeanne d’Arc Mission” ialah memberi pendedahan tentang operasi di laut kepada pegawai muda Tentera Laut Perancis sebagai persediaan untuk tugasan selesai latihan kelak. Pada masa yang sama, program ini juga antara inisiatif diplomasi pertahanan Tentera Laut Perancis yang memupuk kerjasama antarabangsa dan interoperability dengan angkatan laut negara lain melalui latihan dan eksesais secara bersama.

Sumber : Kedutaan Perancis di Malaysia
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : Kedutaan Perancis di Malaysia / Lt Dya Muhammad Syazwan bin Samsudin TLDM

Last modified on Ahad, 21 Februari 2021 03:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 860

Semalam 1056

Bulan ini 3015

Keseluruhan 971327

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM