Feb 23

MEMPERKASA DAN MELESTARIKAN KEPAKARAN PEGAWAI KEJURUTERAAN DAN TEKNISYEN TLDM

Mesy PTK 2021Ahli Tetap Jawatankuasa Penyelia Tred dan Kepakaran Kejuruteraan

LUMUT, 22 Feb - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelia Tred dan Kepakaran (PTK) Kejuruteraan Siri 1/2021 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Bistari, Fakulti Kejuruteraan KD PELANDOK. Tujuan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Kejuruteraan, dimana turut dihadiri wakil kepakaran Kapal Selam dan Aeronautik adalah untuk memperkasa dan melestarikan kepakaran Pegawai Kejuruteraan dan Teknisyen TLDM.

PTK Cawangan Kejuruteraan yang ditubuh sejak tahun 1990 adalah PTK pertama di dalam TLDM dimana perlu memastikan keperluan kompetensi Pegawai Kejuruteraan dan Teknisyen TLDM selaras dengan teknologi semasa.

Hasil mesyuarat, beberapa pendekatan serta inisiatif baharu telah dirangka dan akan dilaksanakan Pelan Tindak sewajarnya, diantaranya metodologi latihan, mewujudkan 16 jenis Subject Matter Expert (SME) secara bersasar dan pengiktirafan di industri berkaitan.

Sumber : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : KD PELANDOK

 

Last modified on Selasa, 23 Februari 2021 03:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 864

Semalam 1056

Bulan ini 3019

Keseluruhan 971331

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM