Feb 24

KUNJUNG HORMAT PENGARAH AGAMA MARKAS TENTERA LAUT KE ATAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

KH Sel AgamaPerbincangan mengenai kerjasama dua hala antara TLDM
dan pihak Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 24 Feb - Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Kol Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad hari ini telah membuat kunjung hormat ke atas Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Luqman bin Haji Abdullah di pejabat beliau di Putrajaya.

Kunjungan ini memberi ruang untuk membincangkan kerjasama dua hala antara TLDM dan pihak Mufti Wilayah Persekutuan di masa akan datang. Pengarah Agama Markas Tentera Laut turut menjemput pihak Mufti Wilayah untuk melaksanakan program keagamaan secara bersama apabila situasi pandemik COVID-19 menjadi lebih terkawal.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Jamali bin Mohd Adnan dan Pegawai Staf 1 Agama Markas Tentera Laut, Lt Kol Abdul Jabar bin Yusof.

Sumber: Sel Agama, Markas Tentera Laut
Artikel / Foto: Lt Kol Abdul Jabar bin Yusof

Last modified on Rabu, 24 Februari 2021 07:21

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 359

Semalam 739

Bulan ini 16225

Keseluruhan 1015848

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM