Mac 02

KD TEGUH SAMUDERA MELAKSANAKAN IBM DALAM PENUGASAN OP BENTENG

KDTSKD TEGUH SAMUDERA merapat ke Bot Nelayan Tempatan melaksanakan IBM

LUMUT, 1 Mac – Satu titik pergerakan bot nelayan asing berjaya dikesan dalam radar KD TEGUH SAMUDERA milik TLDM yang dalam penugasan Op BENTENG dan sedang melakukan rondaan di sektor 3 iaitu sekitar perairan Kuala Selangor.

Kapal bersama bot RHIB R2007 daripada Forward Mounting Base Pusat Hidrografi Nasional (PHN) hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk menghampiri titik pergerakkan bot nelayan tersebut untuk membuat pemeriksaan. Setelah KD TEGUH SAMUDERA dan RHIB R2007 (DR3) berjaya merapat dengan titik bot-bot nelayan tersebut diperamati terdapat 4 buah bot nelayan tersebut merupakan bot nelayan tempatan. Seterusnya, krew KD TEGUH SAMUDERA bertindak melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Kesemua krew bot nelayan tersebut merupakan warganegara Malaysia yang berbangsa Cina. Namun, mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa melayu serta sederhana dalam bertutur bahasa Inggeris. Lt Ariff Muzakkir TLDM selaku Pegawai Peperangan Atas Permukaan di KD TEGUH SAMUDERA telah memberikan nasihat agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti menangkap ikan agar tidak terkeluar dari zon sempadan Malaysia. 4 buah bot telah disemak daftar pemilikan di Zon A iaitu SLFA 4254, SLFA 4849, SLS 5128, dan SLS 4253 berdaftar secara sah dengan Jabatan Laut Negara. Seterusnya beliau juga mengingatkan kepada semua krew bot nelayan tempatan tersebut agar segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat bot-bot Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke sempadan perairan Malaysia.

Seperti sedia maklum, Op BENTENG bertujuan untuk mengawal dan membuat rondaan bagi memastikan keselamatan perairan negara tidak dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab seperti PATI. TLDM sentiasa memperkasakan penugasan Op BENTENG di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi PATI. Kehadiran pelbagai aset keselamatan di laut yang beroperasi 24/7 adalah bagi mengekang kemasukan PATI yang menyumbangkan kepada penularan wabak COVID-19.

Setelah IBM selesai dilaksanakan, KD TEGUH SAMUDERA meneruskan rondaan dan meninggalkan bot nelayan tempatan tersebut.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

 

Last modified on Selasa, 02 Mac 2021 03:56

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 459

Semalam 739

Bulan ini 16325

Keseluruhan 1015948

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM