Mac 05

USAHA TANGGA KEJAYAAN : LEFTENAN KOMANDER (BERSARA) Ir. Ts. YEO CHENG KWAN TLDM

111Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing,
CMgr bersama Yacth milik beliau Puteri Samudera

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Leftenan Komander (Bersara) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing, CMgr melakar sejarah sebagai anggota TLDM dari Lain-Lain Pangkat yang pertama diiktiraf sebagai European Engineer (Eur Ing). Ini bermaksud pegawai boleh meluluskan sesuatu rekabentuk kejuruteraan untuk projek di negara Eropah dalam bidang diiktiraf, dimana diperakui oleh European Federation of National Engineering Associations (FEANI). Lebih membanggakan, beliau juga diiktiraf dengan kelayakan profesional berprestij berikut:

1. Chartered Engineer (CEng) dari United Kingdom Engineering Council.
2. Chartered Manager (CMgr) dari United Kingdom Chartered Management Institute.
3. Jurutera Profesional (Ir.) dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
4. Teknologis Profesional (Ts.) dari Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM bukan sahaja berjaya di dalam profesion dan karier, beliau juga aktif dalam sukan sejak dalam perkhidmatan. Sehingga kini beliau masih aktif dengan aktiviti perahu layar, merupakan seorang Yacht Master yang diiktiraf oleh Royal Yachting Association (RYA), United Kingdom. Ini membolehkan beliau kerap menyertai regatta antarabangsa seperti Raja Muda Selangor International Regatta menggunakan Bot Layar milik sendiri. Selain sukan, beliau turut aktif dalam aktiviti amal dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Sumbangan terkini beliau ialah terlibat dengan inisiatif mengiktiraf Teknologis dan Teknisyen agar selaras dengan Akta 768 – Teknologis dan Juruteknik 2015 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau juga turut berkelayakan sebagai Qualified Accessor and Examiner untuk Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan juga United Kingdom Engineering Council. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai ialah sumbangan beliau terhadap pembangunan modal insan golongan belia serta pelajar di Malaysia melalui inisiatif Leadership Building Programme secara percuma.

Berlandaskan pengalaman dan komitmen Veteran TLDM ini yang tinggi, hari ini Ketua Jurutera TLDM meluangkan masa menemui beliau di Pelabuhan Klang. Beliau kini adalah Managing Director di CPD Holistics Sdn Bhd yang berdaftar di Malaysia, ibu pejabat di Pelabuhan Klang. Tujuan pertemuan adalah untuk mengenal pasti pendekatan memperkasa Juruteknik TLDM, selain menjemput beliau sebagai pensyarah jemputan bagi Seminar Pegawai Kejuruteraan akan datang.

Kejayaan, pencapaian, komitmen tinggi dan sumbangan Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing, CMgr secara berterusan kepada masyarakat serta arus pendidikan negara amat membanggakan TLDM. Ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga #NavyPeople.

Oleh      : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Foto      : Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM dan Lt Dya Muhamad Shafie bin Mohd Jusoh TLDM

Last modified on Jumaat, 05 Mac 2021 01:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 761

Semalam 853

Bulan ini 15753

Keseluruhan 1327521

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM