Mac 11

SUNGAI LUNCHOO NAVIGATION RUN OLEH KD GANYANG

KD GANYANGTim anjungan KD GANYANG menggunakan teknik Shooting Up semasa Panduarah Terang

JOHOR BAHRU, 10 Mac - KD GANYANG buat julung kalinya telah berjaya melaksanakan Sungai Lunchoo Navigation Run iaitu sebuah siri Latihan Navigasi Panduarah Terang dan Gelap di perairan Selat Tebrau, Johor yang dirancang khas bagi kapal-kapal Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama (SKPL 1).

Inisiatif latihan ini merupakan cetusan minda Panglima Wilayah Laut 1, Laksmana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain. Latihan selama dua jam melalui Narrow Channel sejauh 18 batu nautika ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi dan keyakinan Pegawai Muda dan Tim Anjungan agar sentiasa siap siaga di dalam segala aspek.

KD GANYANG juga telah mencipta sejarah sebagai kapal pertama yang tiba di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM di di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo, Johor sejak Markas dibuka tahun lepas. Pegawai Memerintah KD GANYANG merangkap Pegawai Kanan Skuadron, Lt Kdr Thamendran Krishnan Kutty TLDM diiringi oleh Pegawai Memerintah KD GEMPITA, Lt Kdr Fariz Hedry Ling bin Firdaus Hedry Ling TLDM kemudian telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Zainul Rashid bin Abdullah.

Panglima Pasukan Simpanan TLDM berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kapal ke Markas tersebut. Beliau turut menjemput kapal-kapal SKPL 1 melaksanakan latihan bersama warga Pasukan Simpanan TLDM pada masa akan datang agar dapat meningkatkan keupayaan TLDM ke peringkat yang lebih tinggi.

Sumber : KD GANYANG
Artikel   : Lt Kdr Thamendran Krishnan Kutty TLDM
Foto      : Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM & KD GANYANG

Klik ke galeri

Last modified on Khamis, 11 Mac 2021 07:42

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 795

Semalam 853

Bulan ini 15787

Keseluruhan 1327555

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM