Mac 18

RISIKAN OLEH KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

KDLTAJSituasi semasa melaksanakan IBM Bersama Bot Nelayan Tempatan (BNT)

LUMUT, 17 Mac - KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL yang kini dalam Penugasan OP BENTENG LAUT siri 1/20 di sektor 5 Utara dan OP PEJARAK telah melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) dengan nelayan tempatan di sekitar perairan Tanjung Karang, Selangor.

Pegawai Memerintah Kdr Segar A/L Muniandy menasihatkan kepada semua kru bot nelayan tempatan yang ditemui agar sentiasa memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan ataupun Jabatan Laut Malaysia.

Pegawai Navigasi juga sempat memberikan nasihat kepada bot nelayan kelas kecil agar sentiasa utamakan keselamatan serta sentiasa peka terhadap persekitaran dan cuaca semasa. Selain itu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan untuk mengelakkan sebarang insiden atau kemalangan.

Setelah selesai melaksanakan IBM dengan empat buat bot nelayan, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL meneruskan rondaannya dalam misi bagi memastikan keselamatan perairan negara agar tidak dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab, terutamanya Pendatang Tanpa Izin (PATI).

TLDM sentiasa memperkasakan penugasan OP BENTENG di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi PATI.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Last modified on Khamis, 18 Mac 2021 03:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 759

Semalam 853

Bulan ini 15751

Keseluruhan 1327519

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM