Mac 23

LEMBAGA KOMPETENSI KURSUS KELAYAKAN KETUA JABATAN KEJURUTERAAN (KKKJK) SIRI 9/21

KKKJK KDSIAhli Panel Lembaga Kompetensi serta Peserta Kursus KKKJK Siri 9/21

LUMUT, 22 Mac – Lembaga Kompetensi Kursus Kelayakan Ketua Jabatan Kejuruteraan (KKKJK) Siri 9/21 telah berjaya dilaksanakan di KD SULTAN IDRIS I. KKKJK ini adalah pra-syarat sebelum seseorang pegawai boleh dijawatkan sebagai Ketua Jabatan di Kapal atau sesuatu unit. KKKJK kali ini telah dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan selaku Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung dan Kepten Ir. Razali bin Mohd Arsad TLDM serta Kepten Ts. Mohd Faesac bin Talla TLDM

Cawangan Kejuruteraan adalah pelopor kepada keperluan Lembaga Kelayakan atau Temuduga Kelayakan di dalam TLDM. Pada awal tahun 1980an, ianya dikenali sebagai Peperiksaan Kepakaran (PPE - teknisyen yg akan dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan) dan Charger Ticket (Bintara Kanan utk melayakkan Bintara menghadiri temuduga P/PW 11). Namun pada tahun 2016, penjenamaan semula PPE dan Charger Ticket telah dilaksanakan, iaitu diperkenalkan Kursus Iktisas Bintara Kejuruteraan (KIBK). Bagi pegawai pula, pendekatan yang sama telah dilaksanakan pada tahun 2013 dimana perlu menjalani KKKJK.

Bagi KKKJK Siri 9/21, seramai 7 Pegawai Kejuruteraan terlibat dan mereka telah didedahkan kepada keupayaan mentadbir urus jabatan kejuruteraan dalam bentuk strategi dan know-how (roles and function), persiapan sebagai Ketua Jabatan yang akan disandang kelak.

Diharap mereka yang lulus Lembaga Kelayakan ini akan berkhidmat dengan cemerlang di Kapal/Unit akan datang sebagai Ketua Jabatan.

Sumber : Fakulti Logistik, KDSI I
Artikel   : Lt Kdr Norzamzam bin Minirin TLDM
Foto      : KDSI I

Last modified on Selasa, 23 Mac 2021 02:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 322

Semalam 739

Bulan ini 16188

Keseluruhan 1015811

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM