Mac 25

JASA BAKTIMU SEJERNIH AIR DI KALI : LEFTENAN KOMANDER HJ SALIM BIN KASIM TLDM (BERSARA)

lt kdr salim kasim

Lt Kdr Hj Salim bin Kasim TLDM (Bersara) seorang Veteran TLDM pada tahun 1985 adalah warga TLDM yang pertama menghasilkan Buku Rujukan Laut (BRL) untuk kegunaan TLDM. BRL tersebut ialah BRL 1985 Sistem Selenggaraan Kapal (SSK). Lebih membanggakan BRL ini menjadikan TLDM Agensi Kerajaan pertama di Malaysia yang mengkategorikan jenis selenggaraan Aset (dalam konteks ini: selenggaraan kapal) serta metodologi bagaimana hendak melaksanakan selenggaraan dengan jelas dan sistematik.

Bagi Perkhidmatan Awam misalannya, kategori jenis selenggaraan digariskan pada tahun 2012 di Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 – Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan seperti di pautan berikut https://www.jpm.gov.my/.../Pekeliling_Am_Bil_2_Tahun_2012...

BRL 1985 SSK ini telah mengkategorikan selenggaraan kapal kepada 3:
1. Selenggaraan Berjadual (Planned Maintenance) termasuk Selenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance). Bagi Selenggaraan Pencegahan, ianya telah dipecahkan lagi kepada 3 Sub-kategori iaitu Organisational Level Maintenance (OLM), Intermediate Level Maintenance (ILM) dan Depot Level Maintenance (DLM). Sebelum tahun 1985, Senggaraan Pencegahan di dalam TLDM terbahagi kepada 4 Sub-kategori iaitu Line 1, Line 2 hingga Line 4.
2. Selenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance).
3. Selenggaraan Pembaikan (Breakdown Maintenance).

Sungguhpun BRL ini sudah 35 tahun diterbitkan, ianya masih relevan dan telah dilaksanakan semakan pada tahun 2002, manakala kemaskini kali ketiga pada tahun 2020. Agar terus kekal relevan, BRL 1985 tersebut telah dilestari agar menepati IR4.0 supaya pelaksanaannya kelak adalah di semua peringkat formasi mengguna pakai Big Data Analytic.

Selain jasa yang signifikan dalam profesion kejuruteraan, dalam aspek sukan Lt Kdr (B) Hj Salim juga aktif khususnya dalam acara menembak. Semasa di dalam perkhidmatan, beliau merupakan atlet sukan menembak dan bersama-sama menubuhkan Persatuan Menembak TLDM di Pangkalan TLDM Lumut.

Kini walaupun Veteran TLDM ini telah berusia melebihi 70 tahun, sumbangan Lt Kdr (B) Hj Salim Kasim TLDM (Bersara) masih berterusan. Beliau aktif dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu MASTRA (Persatuan Strategik Maritim Malaysia) sebagai Timbalan Presiden. Sehubungan itu, beliau kerap dijemput sebagai konsultan untuk bertukar idea dengan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) serta Technology Depository Agency (TDA) dalam hal berkaitan industri marin di Malaysia.

Justeru peninggalan JASA BAKTI Lt Kdr Hj Salim Kasim TLDM (Bersara) SEJERNIH AIR DI KALI. Perkara ini wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Kdr Hj Salim Kasim TLDM (Bersara)

Last modified on Khamis, 25 Mac 2021 00:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 381

Semalam 739

Bulan ini 16247

Keseluruhan 1015870

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM