Mac 26

BETTER LATE THAN NEVER : INISIATIF MEWUJUDKAN SME LLP CAWANGAN KEJURUTERAAN

SKTLDMSesi bergambar Bersama ahli Bengkel SME LLP

SITIAWAN, 24 Mac – Inisiatif mewujudkan Subject Matter Expert (SME) di kalangan warga LLP Cawangan Kejuruteraan sedang dimulakan. Bagi kick-off keperluan ini, inisiatif awal melibatkan pembangunan modul SME telah dilaksana melalui Bengkel Khas di SKTLDM Parit, Perak dari 24 hingga 26 Mac 21. Bengkel Khas ini dihadiri oleh Pegawai Kejuruteraan dan Bintara Teknisyen yang berkelayakan serta terpilih sahaja.

Hasrat mewujudkan SME LLP adalah selaras dengan pendekatan TLDM untuk memperkasakan Teknisyen TLDM agar selari dengan keperluan kompetensi di Armada, selain akan marketable di pasaran/industri kelak apabila mereka menamatkan perkhidmatan. Justeru diantara strategi jangka panjang adalah:

a. Mendaftar senarai SME LLP Kejuruteraan mengikut Pekeliling Kerajaan berkuatkuasa, berdasarkan kesuaian kepakaran diperlukan untuk pengoperasian serta senggaraan Aset Pertahanan.

b. Merangka laluan kerjaya jangka panjang dan interim untuk bakal Teknisyen TLDM yang menjadi SME kelak.

Pembangunan SME LLP ini diketuai oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph selaku Pengerusi Penyelia Tred dan Kepakaran (PTK) Kejuruteraan, juga sebagai Pengarah Kanan CPKA, yakni Directorate General Technical Seaworthiness (DGTS). Beliau telah memberikan beberapa strategic guidance dan pendekatan untuk modul SME sebelum boleh diangkat ke Pengurusan Tertinggi TLDM bagi perakuan seterusnya.

Pembangunan SME LLP Cawangan Kejuruteraan ini adalah salah satu inisiatif terkini Cawangan Kejuruteraan bagi memperkasakan in-house capability dan mengurangkan outsource dependency untuk perkhidmatan senggaraan mahupun pembaikan di masa akan datang secara berperingkat. Hasil pembangunan SME melalui Bengkel Khas ini boleh digunakan untuk penambahbaikan berterusan (Kaizen) bagi melestarikan pengurusan sumber manusia di Cawangan Kejuruteraan. Dijangka inisiatif ini akan memberi Return of Investment (ROI) yang tinggi, bukan sahaja kepada TLDM malah kepada anggota LLP yang bakal layak dan diiktiraf sebagai SME.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksmana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL

Last modified on Jumaat, 26 Mac 2021 12:59

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 339

Semalam 739

Bulan ini 16205

Keseluruhan 1015828

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM