Mac 29

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA: KEPERLUAN CERTIFIED ACCREDITED PROJECT MANAGER DI DALAM TLDM

CERTIFIED PROJECT MANAGERSesi bergambar oleh Pengarah Kanan CPKA, peserta kursus dan tenaga pengajar

LUMUT, 29 Mac - Inisiatif melahirkan lebih ramai Pengurus Projek yang kompeten dan diiktiraf oleh Badan Profesional antarabangsa di kalangan warga Navy People telah dimulakan. Bagi kick-off keperluan ini, kursus Certified Project Manager telah dilaksanakan secara outsource selama seminggu bermula hari ini di Fakulti Kejuruteraan, KD PELANDOK. Kursus kelayakan ini melibatkan 10 pegawai dari ketiga-tiga Cawangan iaitu Eksekutif, Kejuruteraan dan Bekalan.

Inisiatif melahirkan Pegawai TLDM yang kompeten dan diiktiraf di dalam pengurusan projek adalah selari dengan keperluan TLDM iaitu bagi pengurusan projek berimpak tinggi seperti program Littoral Mission Ship (LMS), Fast Interceptor Craft (FIC), penambahbaikan Combat Management System (CMS), Obsolescence Management (OM) dan Obsolescence Program (OP).

Pada masa ini, TLDM hanya memiliki 4 Pegawai yang diiktiraf oleh Badan Profesional antarabangsa dalam bidang pengurusan projek iaitu:
1. Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung - The Australian Institute of Project Management (AIPM).
2. Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph - Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat.
3. Lt Kdr Ir. Lee Juan Jym TLDM - Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat.
4. Lt Kdr Jeffery Daneil Ng See En TLDM - Projects in Control Environments (PRINCE2), United Kingdom.

Kursus kelayakan ini disempurnakan oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin J. Joseph, Pengarah Kanan Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) yang juga merupakan Project Manager Professional (PMP) yang diiktiraf oleh Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat. Beliau turut berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki, disamping menyampaikan hasrat Pengurusan Tertinggi TLDM untuk melahirkan warga Navy People yang kompeten dalam pengurusan projek.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : KD PELANDOK

Last modified on Selasa, 30 Mac 2021 00:10

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 436

Semalam 739

Bulan ini 16302

Keseluruhan 1015925

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM