Mac 30

AMSAS ANJUR KURSUS INTERMEDIATE INTERDICTION SIRI 1

PRAKTIKAL MENGGARI

KUANTAN, 26 Mac - Kursus Intermediate Interdiction Siri 1 Bil 1/2021 telah dilaksanakan pada 22 hingga 26 Mac 21 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Sungai Ular, Gebeng Kuantan, Pahang. Kursus ini dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang disertai oleh 22 Pegawai APMM dan dua orang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Objektif utama kursus ini adalah memberi penekanan khusus berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) dalam meningkatkan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam menggeledah. Selain itu, adalah untuk meningkatkan kebolehan melaksanakan teknik mempertahankan diri dan mengawal situasi yang kritikal serta meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai sebagai Pegawai Geledah.

Konsep pembelajaran dan pengajaran yang diimplementasikan oleh AMSAS adalah penglibatan semua jurulatih yang telah disenaraikan akan hadir bersama di dalam kelas dan membantu jurulatih yang ditugaskan untuk mengajar bagi setiap modul dari sesi demonstrasi, tambahan fakta serta perkongsian pengalaman semasa jurulatih tersebut berkhidmat di lapangan.

AMSAS telah menyediakan fasiliti khas untuk kegunaan kursus-kursus Interdiction di mana, kelas dan tempat perlaksanaan latihan adalah ditempat yang sama. Setelah selesai menjalani kelas teori dan praktikal, peserta kursus telah didedahkan dengan Latihan Menggeledah yang melibatkan Latihan Menggeledah Tahap 1 dan 2 serta Latihan Menggeledah Sebenar.

Sepanjang Latihan Praktikal ini dijalankan semua juruatih terlibat sebagai penilai dan juga Tekong serta Awak-Awak bagi menimbulkan situasi sebenar semasa proses penggeledahan dijalankan. Penglibatan TLDM di dalam kursus ini wajar diteruskan agar Pegawai Geledah mendapat pendedahan secara lebih khusus terhadap prosedur menggeledah serta tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Boarding Officer (BO). Selain itu, fasiliti dan kepakaran APMM adalah lebih meluas dalam melaksanakan pemeriksaan dan penggeledahan dan amat bermakna untuk TLDM menimba pelajaran dari pengalaman ini.

Usahasama serta kerjasama antara TLDM dan APMM perlu diteruskan agar kursus seperti ini dapat diselaraskan dan penyertaan dari kedua-dua agensi dapat menghasilkan BO yang professional serta seragam dalam melaksanakan tugas semasa di lapangan.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Artikel   : Lt Ahmad Faris bin Fadzil TLDM
Foto      : Lt Dya (M) Mohd Shukri bin Ishak

Last modified on Selasa, 30 Mac 2021 06:42

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 425

Semalam 739

Bulan ini 16291

Keseluruhan 1015914

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM