Apr 01

TLDM - BEM KE ARAH MEWUJUDKAN KERJASAMA STRATEGIK

TLDM BEMSesi bergambar bersama BEM

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Inisiatif mewujudkan kerjasama di antara TLDM dengan Badan Profesional Kejuruteraan berdasarkan Akta Pendaftaran Jurutera 1967, Akta 138 sedang dirangka. Bagi merealisasikan hasrat ini, perbincangan strategik peringkat awal di antara Pegawai Kejuruteraan dari Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut bersama BEM telah dilaksanakan hari ini di Ibu Pejabat BEM. Perbincangan diketuai oleh Kepten Ts. Mohd Faesac bin Talla TLDM.

Di antara kerjasama strategik jangka panjang yang hendak dilaksana ialah mengukuhkan pelaksanaan pengiktirafan terhadap Jurutera TLDM serta cross contribution BEM/TLDM dalam aspek kejuruteraan di peringkat organisasi dan juga nasional. Justeru, beberapa pelan tindak sedang diperincikan seperti berikut:

a. Mengenal pasti langkah interim bersama pihak BEM bagi memastikan aspek Kejuruteraan di dalam TLDM serta industri adalah sumbang menyumbang dalam aspek know-how, selain seiring dengan keperluan serta teknologi terkini.

b. Menyelaraskan pendaftaran Pegawai Kejuruteraan TLDM yang layak dengan BEM, mengikut peraturan di Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

Kerjasama terbaharu ini adalah satu-satunya inisiatif Cawangan Kejuruteraan bagi memperkasakan jaringan (network) dengan semua Badan Profesional seperti BEM, selain berusaha agar warga Navy People yang layak mendapat pengiktirafan sewajarnya dan marketable di masa hadapan. Dijangka inisiatif ini akan memberi Return on Investment (ROI) yang tinggi, bukan sahaja kepada warga Navy People, malah kepada Badan Profesional serta industri terlibat di peringkat nasional.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL

 

Last modified on Khamis, 01 April 2021 05:27

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 395

Semalam 739

Bulan ini 16261

Keseluruhan 1015884

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM