Apr 07

PERTUKARAN PUCUK KEPIMPINAN TERTINGGI MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

PAB 21Serah Tugas Panglima Armada Barat berjalan lancar

LUMUT, 5 Apr – Hari ini dalam lipatan sejarah warga Navy People apabila kepimpinan tertinggi Armada Barat iaitu YBhg Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridwan bin Abdul Rahman secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) kepada YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis setelah mengemudi Armada Barat selama 227 hari sebelum bertukar keluar sebagai Asisten Ketua Staf Sumber Manusia.

Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis telah diberi kepercayaan bagi memimpin warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai Panglima Armada Barat ke-26. Upacara penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany di KD SRI GOMBAK. Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut, turut sama menyaksikan upacara penurunan insignia pemerintah dan pertukaran teropong simbolik pertukaran tampuk pemerintahan secara lansung dalam talian di Auditorium Zain PUSTAKMAR Lumut Perak.

Rangkuman sepanjang Program Penghargaan Panglima Armada Barat sebelum Majlis Serah Terima Tugas, iaitu dimulia dengan Perbarisan Penghargaan Panglima Armada Barat di Padang Kawad KD PELANDOK pada 31 Mac 2021, diikuti dengan Majlis Ramah Mesra Penghargaan di Auditorium M. Sidek Shabudin KD PELANDOK dan Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat. Pada tanggal 2 Apr 2021 diadakan Fleet Review daripada aset-aset dibawah Pemerintahan Panglima Armada Barat serta Street Lining sebagai tanda mengiringi kepulangan YBhg Panglima Barat dan pada sebelah malam pula diadakan Majlis Makan Malam Beradat “Mess Dinner”, merupakan tradisi dalam TLDM.

Buat Mantan Panglima Armada Barat jasa YBhg Dato’ sentiasa dikenang dan kami mengucapkan selamat datang buat Panglima Armada Barat yang baru dan tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat YBhg Datuk. Warga Navy People di Pangkalan Lumut Perak mengalu-alukan kedatangan YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis sebagai PA Barat yang ke-26.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

 

Last modified on Rabu, 07 April 2021 06:08

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 454

Semalam 739

Bulan ini 16320

Keseluruhan 1015943

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM