Sep 25

SEKALUNG TAHNIAH : KEPTEN SUHAIMI BIN SANI TLDM (BERSARA)

Capt Suhaimi at USNA

Kepten Suhaimi bin Sani TLDM (Bersara) adalah seorang Veteran TLDM, melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama dinobatkan di Hall of Fame bagi Sukan Ragbi di United States Naval Academy (USNA). Majlis rasmi penganugerahan tersebut telah disempurnakan pada 10 Sep 21 di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat. Detik bersejarah ini turut menyaksikan beliau adalah individu non-American pertama dinobatkan anugerah ini di USNA, sejak penubuhan sukan ragbi di akademi tersebut pada tahun 1963.

Kepten Suhaimi (Bersara) adalah mantan midshipmen di USNA menyertai Pasukan Ragbi USNA sepanjang 4 tahun pengajian di sana dari tahun 1989 hingga 1993, di mana beliau juga adalah pemain tunggal non-American dalam pasukan tersebut. Selain itu, beliau turut terpilih mewakili US Armed Forces Jr Rugby Team.

Sekembali ke tanah air, Kepten Suhaimi (Bersara) terus aktif di dalam Pasukan Navy ORCA TLDM bagi kejohanan ISG (Inter-Service Games) dan juga liga tempatan. Disamping itu beliau turut mewakili ATM di mana pada tahun 1994 telah berjaya merangkul kejuaraan Ragbi Kebangsaan Piala Agong. Lebih membanggakan iaitu pada tahun yang sama, Kept Suhaimi (Bersara) menyarung jersi pasukan Ragbi Kebangsaan 7-Sebelah, berpeluang bermain menentang Pasukan New Zealand ALL BLACKS yang bertaraf dunia dalam kejohanan yang berlangsung di Fiji.

Kepten Suhaimi (Bersara) telah hadir sendiri ke Annapolis bersama isteri untuk menerima anugerah Hall of Fame tersebut. Majlis penganugerahan turut dihadiri oleh lebih 350 orang penggiat sukan ragbi. Lebih manis lagi, ianya turut dihadiri oleh bekas jurulatih beliau serta 13 orang bekas pemain sepasukan. Detik bersejarah tersebut turut dihadiri oleh wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur iaitu Defence Attache Captain Zeff Khan USN.

Sebagai tradisi pengiktirafan Hall of Fame, Kepten Suhaimi (Bersara) dan kesemua penerima anugerah Hall of Fame yang masih hidup telah diraikan semasa perlawanan ragbi USNA menentang US Air Force Academy, di mana diperkenalkan barisan penerima kepada semua yang hadir di separuh masa pertama perlawanan.

Maklumat tambahan berkaitan Kepten Suhaimi (Bersara) adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3635054079885907

Berdasarkan kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan Kepten Suhaimi Sani TLDM (Bersara) yang turut membanggakan TLDM, selain telah mengharumkan nama Malaysia, ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Sumber Manusia, Markas Tentera Laut dan Kept Suhaimi Sani TLDM (Bersara)

Last modified on Sabtu, 25 September 2021 12:46

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 312

Semalam 879

Bulan ini 19776

Keseluruhan 1250205

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM