Okt 14

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN TLDM SEMPENA LAWATAN KERJA KE KUCHING

RNO 141021

KUCHING, 14 Okt – Yang Berbahagia Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Zainul Rashid Bin Abdullah telah membuat beberapa kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja ke Kuching bermula hari ini.

Kunjungan hormat pertama dimulakan ke atas Yang Berusaha Encik Hikmatullah Bin Haji Ahmad Khan, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Panglima Pasukan Simpanan dan delegasi Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM telah diberikan taklimat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terutama sekali berkaitan dengan aktiviti berkaitan dengan Pasukan Latihan Anggota Simpanan TLDM atau PLAS TLDM Politeknik Kuching Sarawak.

Kunjungan hormat kedua pula adalah ke atas Yang Berbahagia Datu Dr. Chai Khin Chung, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia. Panglima dan delegasi telah diterangkan mengenai aspek dan tanggungjawab UKPN Sarawak dan diperkenalkan dengan Sarawak Coastguard sebagai sebuah agensi negeri yang baru, bernaung di bawah Jabatan ketua Menteri Sarawak.

Disamping mengeratkan tali persahabatan dan silaturahim antara agensi pertahanan, penguatkuasaan dan Pendidikan, Kunjungan Hormat ini juga secara tidak langsung memperkenalkan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia kepada masyarakat luar.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Ajariah binti Umar

Last modified on Khamis, 14 Oktober 2021 09:59

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 847

Semalam 978

Bulan ini 6973

Keseluruhan 1290422

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM