Okt 21

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENGHARGAAN WARGA KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

KDLTJ 211021Pegawai Memerintah menyempurnakan pemakaian pangkat
warga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

LUMUT, 20 Okt – Majlis pemakaian pangkat dan penghargaan warga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL yang akan bertukar keluar telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini di Tambatan Pangkalan Lumut.

Pegawai Memerintah, Kdr Segar a/l Muniandy TLDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat PW II TLR Salleh bin Ahmad yang dinaikkan ke pangkat P/PW I TLR dan BM PWP Norhesam bin Mahmad yang dinaikkan ke pangkat P/BK PWP.

Selain itu, majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian cendera kenangan kepada anggota yang akan bertukar keluar. Dalam ucapan, Pegawai Memerintah mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menegaskan tentang tanggungjawab yang bakal digalas. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat dan jasa yang telah dicurahkan kepada anggota yang akan bertukar keluar dan mendoakan agar terus maju jaya di unit yang baharu. Beliau juga menyeru agar anggota sentiasa mencabar diri untuk melakukan yang terbaik dalam pelaksanaan tugas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang dinaikkan pangkat. Semoga pangkat baharu yang diterima menjadi penyuntik semangat untuk lebih berjaya di dalam TLDM.

Artikel : Pegawai Perhubungan Raya KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL
Foto    : LK I JTP Muhammad Hariz bin Ismail

Last modified on Khamis, 21 Oktober 2021 00:10

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 836

Semalam 978

Bulan ini 6962

Keseluruhan 1290411

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM