Okt 21

JASA BAKTI MU DIKENANG : LAKSAMANA PERTAMA DR. HJ SUTARJI BIN HJ KASMIN (BERSARA)

Laksma Dr Hj Sutarji

Laksamana Pertama Dr. Hj Sutarji bin Hj Kasmin (Bersara) adalah seorang Veteran TLDM merupakan anggota Komando pertama di Malaysia yang telah berjaya dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa dalam perkhidmatan, pengkhususan dalam bidang Pengurusan Zon Pantai dan Maritim. Laksamana juga merupakan salah seorang daripada 3 rakyat Malaysia yang pertama lulus Kursus Komando Pasukan Katak (KOPASKA) di Komando Pendidikan Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut di Surabaya pada tahun 1978. Beliau dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama Pasukan Khas Laut TLDM atau PASKAL selama 10 tahun dari tahun 1984 hingga 1994.

Di atas kelayakan yang dimiliki, pihak pengurusan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2003 telah melantik Laksamana Pertama Dr. Hj Sutarji sebagai Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Sehingga kini, beliau masih mengekalkan rekod sebagai Komandan MPAT yang memiliki Ijazah PhD.

Kini walaupun telah lama bersara dari perkhidmatan TLDM, Laksamana Pertama Dr. Hj Sutarji masih aktif dengan sumbangan serta penerbitan buku berkaitan isu maritim negara serta kisah pengorbanan misi melindungi kedaulatan negara.

Diharap maklumat yang dikongsi ini memberi inspirasi serta motivasi kepada warga Navy People agar terus berusaha untuk cemerlang demi kepentingan TLDM.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd. Shaiful Adli Chung
Foto      : Kdr Ir. Ts. Faiz Azmi bin Hj Sutarji TLDM

Last modified on Khamis, 21 Oktober 2021 08:11

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 854

Semalam 978

Bulan ini 6980

Keseluruhan 1290429

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM