Nov 02

PEMAKAIAN PANGKAT DAN ANUGERAH KREATIF & BERKUALITI BAGI SUKU TAHUN KETIGA 2021

 IMG 5234 1 min min
BM TLS Mohamad Shakir bin Mahmud,
penerima Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Ketiga 2021

KOTA KINABALU, 1 Nov – Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Pertama Mohd Razib bin Tahir telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta Penyampaian Anugerah Bintara, Laskar dan Awam Kreatif & Berkualiti bagi Suku Tahun Ketiga 2021 bagi warga Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS). Majlis telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yabg telah ditetapkan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan warga MPKS. Seramai 7 orang anggota telah dinaikkan pangkat iaitu:

a. P/PW I PWP Mohd Hadlisyam bin Ismail
b. P/PW I JTP (I)(H) Muhammad Salahudin bin Baharin
c. P/PW II PNK Mohd Zamri Zam bin Awang
d. P/BM TMK Abdul Najib bin Ahmad
e. P/LK JTP Ag Matzaidin bin Awang Besar
f. P/LK JTP Jekerson Jem Mattius
g. P/LK TNL Siti Rashidah binti Kamar Basah

Bagi Anugerah Kreatif dan Berkualiti, kategori Bintara disandang oleh BM TLS Mohamad Shakir bin Mahmud, kategori Laskar disandang oleh LK I TLS Mohammad Redza bin Mohd Radzuan manakala bagi kategori Awam disandang oleh Puan Norzaimah binti Ismail. YBhg Panglima mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anggota yang dinaikan pangkat dan penerima Anugerah Bintara, Laskar dan Awam Kreatif & Berkualiti. Kenaikan pangkat ini adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan penghargaan kepada warganya seiring dengan amanah serta tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dalam organisasi TLDM.

Sumber : Pej Perhubungan Awam (N7) MPKS

Last modified on Selasa, 02 November 2021 01:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 820

Semalam 978

Bulan ini 6946

Keseluruhan 1290395

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM